Buletin

HSDM TAWAR DISKAUN SERVIS ISTIMEWA KEPADA PEMILIK HYUNDAI IONIQ

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini mengumumkan satu servis eksklusif yang merangkumi diskaun istimewa dan pemeriksaan 20 pin untuk pemilik Hyundai Ioniq di Malaysia. 

Bermula 1 Oktober hingga 30 November 2021, pelanggan yang menghantar Hyundai Ioniq ke mana-mana pusat servis sah Hyundai di seluruh negara akan menikmati potongan 25 peratus ke atas beberapa alat ganti terpilih dan 10 peratus kos buruh. 

Antara alat ganti yang diberi diskaun ialah gasket, penapis minyak, penapis udara, palam pencucuh dan banyak lagi.  Walaupun HSDM tidak lagi menjual Ioniq baharu, pelanggan sedia ada tidak dilupakan. 

“Kami mempunyai pelanggan Ioniq yang ramai dan kami ingin menunjukkan penghargaan melalui kempen servis istimewa ini. 

“Pada masa yang sama, kami juga mahu membantu memeriksa keadaan kereta mereka. Tidak seperti model-model Hyundai yang lain, Ioniq hanya memerlukan servis setiap 15,000km atau sekali setiap 9 bulan, mana-mana tiba dahulu,” kata Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung. 

Pemilik Ioniq yang menjadi ahli Hyundai Loyalty Card juga akan menikmati promosi bulanan eksklusif seperti diskaun 20 peratus ke atas produk KLIMA Fresh dan BlueChem. Mereka yang masih belum mendaftar boleh berbuat demikian di mana-mana pusat servis sah Hyundai di seluruh negara. 

Google ads
Back to top button