Buletin

MENANG MITSUBISHI LANCER EVO IX FQ-320 TAPI 24 JAM DAH HANCUR

Dream Car Giveaways (DCG) di UK telah menganjurkan acara cabutan bertuah berupa sebuah Mitsubishi Lancer Evo IX FQ-320 berwarna merah dengan jarak perbatuan 112,654 km.

Seorang lelaki bernama Adam Griffiths telah memenangi jentera yang menjadi idaman para penggemar kereta Jepun terbabit.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas memiliki kereta berkenaan, Mitsubishi Lancer Evo IX FQ-320 tersebut terlibat dalam kemalangan di Cardiff Road berdekatan Pontypridd.

Lokasi kejadian adalah kira-kira 144 km dari tempat lelaki itu mengambil kenderaan tersebut.

Lebih malang lagi, kereta idaman berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang dan hadapan tetapi Adam tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu. -thedrive

Google ads
Back to top button