
ICAUR V27: SUV ELEKTRIK YANG TAK TAKUT BAYANG-BAYANG LANDCRUISER
Chery terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV global menerusi pelancaran iCaur V27, sebuah SUV elektrik jarak jauh bersaiz besar yang dijangka memasuki pasaran China menjelang hujung 2025.
Model ini menyasarkan segmen yang dihuni gergasi seperti Toyota LandCruiser, namun pada harga lebih kompetitif – antara sekitar RM135,000 hingga RM170,000.
V27 merupakan produk jenama iCar yang dikhususkan untuk pasaran luar China dengan nama baharu, iCaur, penjenamaan semula ini bertujuan mengelak pertindihan cap dagang.
Model ini pertama kali dipertontonkan kepada umum di Emiriah Arab Bersatu dan tampil dengan rekaan ranggi serta bersegi seperti Land Rover Defender, lengkap dengan lampu utama LED bulat, lengkungan roda menonjol serta tayar gantian belakang berbentuk “squircle”.

Berukuran lebih lima meter panjang, SUV ini menggunakan sistem kuasa elektrik dengan penambah jarak (EREV) yang dipadankan bersama enjin 1.5L pengecas turbo.
Konfigurasi ditawarkan termasuk pacuan roda belakang (RWD) dengan motor tunggal serta versi pacuan semua roda (AWD) dwi-motor dengan kuasa maksimum mencecah 335Kw, bersama jarak pemanduan elektrik sekitar 200km (kitaran CLTC).
Dengan kehadiran iCaur V27, Chery jelas menghantar isyarat bahawa mereka bersedia mencabar pemain tradisional dalam pasaran SUV premium, bukan hanya dari segi prestasi, malah melalui teknologi elektrifikasi yang semakin matang.
- BACA: KARAMJIT UNGGULI KEJUARAAN RALI MALAYSIA MAM 2025
- BACA: ALKISAH HONDA EDIX – SEBUAH MINI MPV ENAM TEMPAT DUDUK YANG TIADA BERPENGGANTI
- BACA: TOYOTA SIENTA JUNO: MINI MPV YANG BOLEH JADI RUMAH BERGERAK
- BACA: MG MOTOR MALAYSIA ANJUR PAMERAN SULUNG DI JOHOR BAHRU, BERLANGSUNG 6 HINGGA 10 OGOS INI

