Iklan Pilihan

#IKLANPILIHAN: SUZUKI SWIFT SPORT TERBARU!

Pada 2015, Suzuki mengundurkan diri dari pasaran Malaysia dalam pasaran kereta. Pengunduran mereka dari payung DRB-Hicom ketika itu mengakhiri pasaran empat roda jenama Jepun itu. Meskipun sangat berjaya di India, mempunyai pasaran yang bagus di luar Jepun, entah apa sebabnya, Suzuki tidak sukses di Malaysia.

Walaupun ada kedengaran bahawa Kumpulan Berjaya mahu membawa masuk jenama itu semula, namun beberapa minggu lalu, ia dinafikan oleh pengurusan tertinggi konglomerat yang turut memiliki jenama Mazda itu. Akhirnya, kita tidak akan lihat kereta-kereta jenama Suzuki lagi di Malaysia dalam masa terdekat.

Generasi baru Suzuki Swift sudah dilancarkan ke pasaran global pada 2017 yang merupakan generasi keempat. Sepertimana Civic penting untuk Honda, Swift pula adalah model paling penting Suzuki yang memastikan entiti pembuat kereta ini terus wujud.

Swift bukan sekadar kereta bandar biasa. Hatchback segmen B ini turut didatangkan dalam varian sportynya yang dikenali sebagai Swift Sport. Jika anda masih ingat ketika di bawah DRB-Hicom, Suzuki Malaysia pernah perkenalkan Swift Sport (Gen-3) pada harga sekitar RM100,000 dan ditawarkan dalam versi automatik dan juga manual.

Bagaimana dengan generasi terkini?

Sapa seperti Suzuki Jimny yang dibawa masuk oleh pengedar recond yang pernah kami iklankan dahulu, Suzuki Swift Sport ZC33S ini turut dibawa masuk dalam versi import terpakai.

BACA: SUZUKI JIMNY DAH MASUK MALAYSIA!!!

Ia diiklankan oleh Yap Brothers pada harga jualan RM138,000 bagi model keluaran tahun 2017 dari Jepun. Unit ini sudah tersedia untuk dipandu uji dan bukannya pesanan khas pun. Dah ada kat sini!

Apa yang bestnya kereta ni?

Suzuki Swift ZC33S generasi baru ni dibina menggunakan platform terbaru HEARTECT. Ia masih mengekalkan rekabentuk asas sebuah Swift – ringan dan sporty. Kereta ini cuma seberat 970kg sahaja.

Ia dikuasakan enjin 1.4 Bossterjet empat selinder dengan kekuatan 138 kuasa kuda dan tork 230Nm. Apa yang lagi best, ia datang dengan transmisi mannual ENAM kelajuan!.

Ya. Pada harga RM138,000, ia mungkin kedengaran agak mahal, namun mendapatkan sesuatu seperti ini pada model import terpakai memang kita tak banyak pilihan pun.

Hatchback kecik, 1.4 turbo, warna garang, 6 speed manual – harga sekitar Civic 1.5T ketam.

Macam boleh consider juga kan?

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button