
LELAKI INI MAHU JUAL KOLEKSI 20,000 UNIT HOTWHEEL. ANDA BERANI?
Bayangkan usaha dan penat lelah yang diperlukan untuk menyimpan sekitar 20,000 unit koleksi mainan Hot Wheels. Berapa lama diperlukan, berpa tahum berapa belanja yang dihabiskan untuk mendapatkan kesemua edisi dan keluaran.
Namun akhirnya semuanya terpaksa dilepaskan kerana pemiliknya tiada pilihan lain untuk melangsaikan hutang.
Muhammad Amsyar Jafri, salah seorang pengumpul tegar Hot Wheels telah memuatnaik iklan jualannya semalam dan pantas dikongsi netizen di media social. Jarang kita boleh berjumpa dengan pengumpul yang mahu “melepaskan” semua koleksi mereka serentak. Melainkan ia ada sebab yang cukup kukuh.

“Memang sukaruntuk saya lepaskan koleksi berkenaan kerana bukan senang mahu mendapatkannya, tetapi saya terpaksa kerana itu saja cara untuk melangsaikan hutang,” kata Muhammad Amsyar Jafri.
Menurut Amsyar yang dihubungi akhbar HArian Metro memberitahu bahawa koleksi kereta mainan itu dikumpul sejak 2015, namun Muhammad Amsyar mengambil keputusan untuk menjualnya dengan mengiklankan di Facebook pada 20 Ogos lalu bagi mencari individu berminat membeli barangan kesayangannya.
Beliau berkata, hobi mengumpul kereta mainan itu bermula ketika beliau menetap di Michigan, Amerika Syarikat (AS) ketika mengikuti pengajian Program Khas Ortopedik.
“Sejak kecil lagi, saya meminati apa saja yang berkaitan dengan kereta termasuk mainan, namun tidak berpeluang membeli Hot Wheels pada waktu itu.
“Selepas menyambung pengajian di Amerika, baru saya tahu Hot Wheels menjadi kegilaan masyarakat di sana dan mempunyai bilangan pengumpul tegar yang ramai .
“Sejak itu, timbul minat untuk memburu mainan berkenaan dan sering ke flea market yang menjadi salah satu lubuk pengumpul Hot Wheels,” katanya.
Menceritakan pengalaman sepanjang bergelar pengumpul, Muhammad Amsyar berkata, dia pernah membelanjakan sebanyak RM250,000 selain memandu sejauh 1,155 kilometer (km) ketika musim salji demi mendapatkan koleksi diidamkan.
Katanya, mainan itu dibeli dengan wang simpanan hasil jualan sebahagian koleksi yang ada dan sehingga kini, beliau mampu mengingati setiap satu set, lokasi serta pemilik asalnya.
“Kebanyakan koleksi saya adalah model vintaj, tetapi masih kelihatan baru kerana tidak dikeluarkan daripada kotak dan paling sentimental adalah set dibeli daripada seorang pemilik kedai mainan yang menjualnya kepada saya selepas perniagaannya muflis.
“Penjual berkenaan amat baik kerana turut menghadiahkan cincin kepunyaannya, tetapi dia kini sudah tiada kerana meninggal dunia akibat barah,” katanya.
Muhammad Amsyar berkata, sejak berkongsi hasratnya untuk menjual koleksi kesayangannya di Facebook, banyak kiriman mesej diterima daripada peminat Hot Wheels.
Muhammad Amsyar tidak menyangka perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet hingga tular di laman sosial.
“Setakat ini, bukan hanya peminat di Malaysia, tetapi ada pengumpul dari Singapura, Indonesia dan Vietnam yang menghantar mesej di Facebook untuk bertanyakan harga.
Menurut Amsyar juga, setakat ini beliau menerima tawaran RM200,000 namun berharap ada individu sanggup membelinya dengan harga melebihi RM300,000.
“Ikutkan hati, saya tidak mahu menjualnya, tetapi masa semakin suntuk dan saya perlukan wang untuk melangsaikan hutang.
“Kalau boleh, saya mahu koleksi itu dibeli pengumpul luar dari AS, sebaiknya orang Malaysia dan benar-benar tahu menghargai Hot Wheels,” katanya.
KREDIT: HARIAN METRO