
INI 4 KAEDAH YANG BERKESAN PADAM API KERETA ELEKTRIK TERBAKAR.
Sebuah kereta elektrik daripada jenama Tesla yang terbakar pada 16 Oktober 2023 merupakan kes pertama di dalam negara melibatkan kebakaran kereta elektrik. Pujian harus diberikan pada Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana berjaya memadamkan kebakaran tersebut dalam masa 2 jam sahaja.
Tapi benarkah kereta elektrik mudah terbakar berbanding dengan kereta berkuasa petrol atau diesel?
Untuk pemantauan isu kebakaran EV di peringkat global, EV FireSafe mendapati 0.0012% kereta elektrik terbakar antara tahun 2013 sehingga 2023. EV Firesafe juga mendapati data kebakaran kenderaan dari pihak berkuasa dalam semua negara dan mendapati 0.1% kenderaan berkuasa petrol dan diesel terbakar dala tempoh yang sama
Data ini menggambarkan kereta berkuasa petrol dan diesel adalah 80% lebih mudah untuk terbakar. Firma EV FireSafe juga mendapati hanya 393 kereta elektrik terbakar daripada 30 juta unit yang telah terjual di seluruh dunia
Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Swedish Civil Contingencies Agency pada May 2023 mendapati kereta dengan enjin pembakaran dalam adalah 20 kali ganda untuk terbakar di Sweden. Pada tahun 2022, Sweden berhadapan dengan 106 kes kebakaran kenderaan daripada 611,000 kereta elektrik yang didaftarkan
Manakala daripada 4.4 juta kenderaan berkuasa petrol dan diesel, sebanyak 4400 kes kebakaran telah dilaporkan. EV FireSafe data menunjukkan 18% kes kebakaran berlaku ketika dicaj dan 2% kes kebakaran berlaku selepas sejam dicaj. 25% kes kebakaran berlaku di parkir bawah tanah, 31% kes berlaku di ruang yang terbuka dan 29% berlaku ketika EV sedang dipandu manakala 15% lagi kes gagal dikenalpasti.
Ada banyak sebab bateri pada kereta elektrik boleh terbakar seperti kerosakan bekas bateri akibat kemalangan, kecacatan semasa proses pembuatan, kesilapan operasi bateri, perbuatan khianat, kebakaran luar ataupun operasi yang menyebabkan terlalu panas.
Namun kebanyakan isu bateri terbakar adalah disebabkan fenomena thermal runaway. Fenomena ini terjadi apabila bateri sel ni mengalami masalah short circuit dan menjadi terlampau panas. Sebagai contoh kita terlanggar rod besi sehingga ia menembusi pek bateri.
Bateri akan mengalami short circuit disebabkan elektron ada satu sifat semuljadi, dimana elektron akan cuba melalui jalan yang paling singkat dan kurang rintangan. Dalam keadaan biasa, elektron akan melalui terminal positif dan negatif, namun apabila rod besi tadi menembusi pek bateri ia akan menjadi jadi jambatan.
Haba yang terhasil akibat short circuit ni akan terbebas dalam kuantiti yang tinggi dan singkat dan gagal disejukkan oleh sistem penyejukan bateri cooling system, membebaskan gas oksigen & gas lain yang mudah terbakar.
Masalahnya ialah pek bateri terbina dalam kuantiti yang banyak, jadi sel lain pun akan berjangkit terbakar akibat pembebasan haba satu sel tadi (chain reaction). Masalah ini bertambah teruk apabila semua sel dipek dalam pek logam yang keras dan bertindak sebagai penebat haba.
Haba yang terhasil dalam pek bateri akan memulakan kebakaran pada bateri dan kereta elektrik. Kehadiran unsur haba, gas oksigen, dan bahan bakar (lithium) menjadikannya cukup untuk memulakan kebakaran.

Bagaimana kebakaran kereta elektrik boleh dipadam?
1. Guna pemadam api khas – biasa dikelaskan dalam A+ dikhususkan untuk kebakaran yang melibatkan lithium ion. Sebagai contoh F-500 Encapsulator Agent boleh mengosongkan tangki 6 liter dalam masa 29 saat, menyingkirkan haba dengan pantas dan melembapkan bateri dengan pantas. Adalah bagus jika pemilik EV menyimpan pemadam api ini di rumah atau dalam kereta elektrik mereka.
2. Battery extinguishing system, BEST – pemadam api khas untuk EV ini adalah keluaran Rosenbauer digunakan untuk penyejukan terus pada pek bateri dan juga sel bateri. Sistem ini terdiri daripada unit pemadam api, panel kawalan dan juga hos sambungan air
Pemadam BEST akan dipasang di bawah kereta atau di bawah bateri, dilekatkan pada cesi EV dan air bertekanan tinggi akan menembusi pek bateri pada jarak selamat. Air akan disembur terus pada pek bateri, membanjiri bateri dan proses memadamkan api akan berlaku. Sistem BEST berupaya menghantar 20-50 liter air seminit pada tekanan maksimum 300 bar
3. EV Blanket – selimut khas ini membenarkan bomba menyelimut EV yang terbakar dan membantu menurunkan suhu dari 1000 darjah Celcius kepada 100 darjah Celcius dalam masa singkat. Ia membantu mengasingkan EV terbakar daripada merebak kepada persekitaran sementara bomba memadamkan kebakaran
4. Cold Cut Cobra System – menggunakan air bertekanan tinggi untuk menembusi bekas keluli bateri berupaya menyembur 60liter air per minit yang akan bertukar menjadi wap air dan menyejukkan bateri. Selepas bateri menjadi sejuk, bomba boleh memadamkan kereta elektrik dengan kaedah semburan air biasa



