Buletin

PASANGAN JARAK JAUH TIDAK DIBENARKAN RENTAS DAERAH DAN NEGERI

Kerajaan memutuskan tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri melibatkan pasangan jarak jauh (PJJ) bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasangan PJJ perlu berkorban untuk dua minggu ini.

“Apa yang perlu hari ini semua rakyat perlu berkorban, ada yang terpaksa menutup perniagaan sementara waktu, ada yang terpaksa menutup kilang mereka sementara waktu untuk dua minggu ini.

“Jadi, untuk PJJ perlu berkorban untuk dua minggu ini. Kita telah membuat keputusan iaitu untuk tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri oleh pasangan PJJ,” katanya.

Kerajaan pada 28 Mei lalu mengumumkan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula Selasa ini. – SH

Google ads
Back to top button