Artikel PilihanBuletin

INI CARANYA MERCEDES DIDIK TENTANG PENTINGNYA PENGGUNAAN ALAT GANTI TULEN

Kita semua sedia maklum, industri alatganti kenderaan merupakan industri yang sangat besar. Pengeluar OEM dan pengeluar asal telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menghasilkan alatganti tulin kepada setiap kenderaan keluaran mereka.

Dan ia sudah tentu tidak murah sebagaimana peralatan gantian tiruan. Alat-alat ganti tiruan ini juga sangat sukar dibendung kerana ia bukan sahaja diedarkan dengan meluas, malah ada ketikanya ditiru hampir 100 peratus dengan alatganti asli. 

Setiap pengeluar terus menerus mendidik pengguna mereka supaya menggunakan alatganti tiruan, namun dengan permintaan yang tinggi (dan kos yang rendah) alaganti tiruan masih mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna seluruh dunia.

Kenapa alatganti asli ini lebih mahal?

Kerana ia dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh setiap pengeluar. Walaupun pad brek jenama A kelihatan sama dengan yang dikeluarkan oleh Toyota Genuine Parts, realitinya, ia sangat berbeza.

Secar fizikal ia mungkin nampak sama, tetapi penggunaan material, ketepatan saiz serta ujian ketahanannya sangat berbeza dengan yang dihasilkan oleh pengeluar asal.

Mercedes juga sedar tentang cara untuk mendidik pelanggan mereka supaya menggunakan alatganti asli. Mereka menyiarkan video memperlihatkan betapa berbezanya setiap alatganti yang dikeluarkan, berbanding dengan peralatan tiruan di pasaran.

 

Google ads
Back to top button