Motosikal

KPDN SITA 268 UNIT  HELMET TSR DENGAN TANDA SENI ‘ARAI’ DI PULAU PINANG 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang telah menyita sejumlah 268 unit helmet motosikal jenama TSR dengan tanda karya seni ARAI dalam satu serbuan dijalankan di Bukit Mertajam pada Isnin. 

Serbuan tersebut dilakukan bersama wakil pemilik hak cipta di premis yang dikenal pasti menjual barangan tiruan tersebut. 

Menurut Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan pihaknya telah menyita topi keledar jenama TSR yang menampilkan karya seni  Nakano Shuriken Silver, Black Samurai dan Oriental Blue yang sememangnya eksklusif kepada helmet keluaran ARAI. 

“Jumlah sitaan bernilai RM70,240 dan premis tersebut disyaki telah melakukan kesalahan dan disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987.” jelasnya. 

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Untuk rekod, helmet motosikal jenama TSR itu sememangnya popular dikalangan penunggang motosikal di Malaysia kerana bukan sahaja menawarkan reka bentuk mirip ARAI VZ-RAM malah grafik dan livery ARAI serta dijual pada harga antara RM200 hingga RM300 sahaja. 

Google ads
Back to top button