
TIGA UNIT FERRARI TIRUAN DIMUSNAHKAN TAHUN LEPAS – NAMPAK MACAM ORI TAPI FAKE
Ferrari sebagaimana yang kita tahu memang cerewet dengan cara pemilik kereta mereka melakukan modifikasi pada produk keluaran mereka. Buat pelik-pelik sangat memang akan kena ban daripada senarai pelanggan mereka. Ramai selebriti-selebriti yang telah diberi amaran dan ban kerana melakukan modifikasi pelik-pelik Ferrari mereka.

Itu baru kereta dan belum lagi termasuk pelbagai barangan tiruan yang mengunakan nama dan logo mereka. Tahun lepas contohnya tiga unit Ferrari tiruan telah dimusnahkan bagi memelihara imej jenama terkenal ini.
Bukan hantar 360 tiruan yang dihancurkan tahun lepas beratus ribu lagi barangan dengan tanda nama Ferrari. Menurut senarai yang dikeluarkan Ferrari lebih 100,000 pakaian pelbagai jenis bersama lebih 91,000 kaca mata telah dimusnahkan. Itu belum termasuk 61,000 jam tangan dan 57,000 dompet yang juga telah dimusnahkan.

Nampak banyak ke? Ada lagi sebenarnya barangan lain seperti 30,000 botol pewangi, 17,000 beg, 17,000 pasang kasut dan lebih 13,000 tali pinggang. Barangan lain pula termasuklah hampir 1,100 biji bola dan 900 unit model skala kecil.
Skuter palsu dengan logo Ferrari pun tidak terkecuali dimusnahkan. Yang kelakarnya ada juga sebuah peti sejuk dengan logo Ferrari. Itu pun turut dihancurkan, kesian tuan peti sejuk tu.
Anda pun boleh je kalau nak bantu Ferrari dengan melaporkan mana-mana produk tiruan mereka terus kepada Ferrari. Sebagai balasan anda akan menerima ucapan terima kasih secara rasmi dari Ferrari dan gajet saguhati Ferrari (kalau ada stok lagi la kot).
Kempen ini sebenarnya cukup berjaya dan begitu banyak laporan diterima setiap hari. Dah satu kerja pula nak siasat sama ada satu-satu benda tu betul-betul tiruan atau orizainal.
Beberapa tahun lalu Ferrari pernah mengizinkan tujuh replika model mereka dihasilkan untuk kegunaan props filem tentang Enzo Ferrari. Walaupun kesemua kereta tersebut dihasilkan dengan teliti oleh pakar tapi ia masih dikira tiruan. Jadi faham-fahamlah nasib yang akan menimpa kereta-kereta tersebut selepas filem tersebut disiapkan.