Artikel Pilihan

INI KOS SERVIS ANDA KENA BAYAR JIKA MEMILIKI FERRARI 550 V12 SEPANJANG HAYAT

Ferrari 456 merupakan sebuah grand tourer supercar, iaitu sebuah supercar yang direka khusus dengan keselesaan dan pemanduan jarak jauh. Walaupun hanya diberikan 2 pintu, ia sebenarnya mampu memuatkan 4 penumpang dalam satu masa

Model GT ini diberikan enjin V12 5500 aspirasi normal yang menjana 436 kuasa kuda sebeleum semua kuasa dihantar ke tayar belakang dengan menggunakan transmisi manual 6 kelajuan. Model ini dihasilkan bermula dari tahun 1992 dan berakhir pada tahun 2003.

Seorang Youtuber dari saluran Number 27 mendedahkan salah seorang rakannya telah membeli sebuah Ferrari 456 terpakai dengan harga yang murah pada tahun 2020. Paling menarik sepanjang memiliki 456 tersebut, rakannya membelanjakan sekitar RM 18,639 bagi tujuan penyelenggaraan.

Tapi yang paling menarik ialah, harga 456 tersebut telah meningkat di pasaran unit terpakai membuatkan pemilik 456 tidak lokek membelanjakan duit bagi tujuan kos penyelenggaraan. Tapi berapakah kos yang anda perlu bayar jika anda memiliki 456 ini dari hari pertama anda pandu keluar dari kedai sehingga ke hari ini.

Nasib baik kerana pemilik 456 ini juga memiliki Ferrari 550 yang dibeli dan dipandu sejauh 92,000 batu dalam tempoh masa 23 tahun tersebut. Berbeza dengan model 456 yang merupakn sebuah grand tourer 4 tempat duduk, 550 adalah grand tourer 2 tempat duduk dengan enjin V12 yang menjana 478 kuasa kuda

Berikut ialah ringkasan servis yang dilakukan dan kos yang perlu dibayar berdasarkan rekod servis yang disimpan:

1. Tahun 2003 – RM 7061 bagi kos servis penyelenggaraan biasa dan RM 23,266 bagi melakukan crankshaft seal.

2. 2004 – pam cecair penyejuk (RM3727) dan membaiki kebocoran (RM3727)

3. 2005 – servis major RM 8451 dan kebocoran minyak enjin RM 5160

4. 2010 – servis major dan servis brek RM 15,976

5. 2011 – menggantikan pam cecair penyejuk enjin dan gasket kepala silinder RM 23,687

6. 2013 – menukar satu set klac baru dan set tayar baru RM 10,709

7. 2018 – kos servis major dan upah mencecah RM 106,509

Sehingga video ini direkodkan, kos penyelenggaraan Ferrari 550 yang menggunakan enjin V12 ini adalah sebanyak RM 292,900 selepas ditukar kepada nilai ringgit. Sebagai perbandingan Ferrari Scuderi 430 tahun 2009 yang menggunakan enjin V8 dengan jarak perbatuan yang lebih pendek memerlukan kos sekitar RM 213,018 untuk penyelenggaraan

Ini menjadikan kos 550 yang menggunakan enjin V12 jauh lebih murah untuk diselenggara berbanding dengan 430 yang menggunakan enjin V8

Google ads
"
"
Back to top button