INI PERBEZAAN ANTARA TOYOTA VIOS 2023 1.5E DENGAN 1.5G
UMW Toyota telah melancarkan Toyota Vios 2023 serba baru dengan 2 varian sahaja berbanding dengan 3 varian bagi model sebelumnya. Varian 1.5G ditawarkan pada harga RM 95,500 manakala bagi varian 1.5 pula ia ditawarkan dengan harga yang lebih murah iaitu RM RM 89,600 sahaja.
Jika anda perasan, varian termurah iaitu 1.5J tidak lagi ditawarkan dalam barisan model Vios terbaru. Keadaan ini menjadikan hanya ada satu sahaja model yang lebih murah iaitu 1.5E ditawarkan. Sebagai perbandingan Honda City V Sensing dijual pada harga RM 90,212, Nissan Almera RM 91,310 dan Proton Persona adalah model mampu milik dengan harga RM 58,600
Kedua dua varian iaitu 1.5E dan 1.5G menggunakan enjin yang sama dengan kod 2NR-VE yang menjana sekitar 104 kuasa kuda dan 138Nm tork. Enjin ini digandingkan dengan transmisi CVT yang menawarkan 7 kelajuan maya. Semua varian berupaya dipandu selaju 180km/jam iaitu halaju maksimum tanpa masalah
Jika anda memilih untuk membeli varian 1.5E, anda akan kehilangan beberapa ciri yang hanya ditawarkan pada varian 1.5G. Dari aspek luaran perbezaan yang ketara ialah penggunaan rim bersaiz 16 inci dan dibalut dengan tayar bersaiz 195/60.
Jeriji depan juga adalah hitam biasa bukannya disudahkan dengan kemasan black piano finish. Lampu depan pula tiada ciri Auto High Beam dan juga pengelap cermin depan tidak diberikan sensor. Bagi anda yang teliti, anda akan perasan yang brek belakang menggunakan brek dram bukannya brek cakera
Roda stering pula hanya dihasilkan dengan menggunakan urethane sahaja dan hanya boleh dilaras untuk ketinggian sahaja selain tiada penukar gear di belakang stering. Meter pula menggunakan meter optitron dengan saiz skrin digital 4.2 inci, suis penyaman udara manual, brek tangan biasa, 4 pembesar suara, penukar gear urethane, dan kusyen balutan fabrik
Bagusnya Toyota ialah Vios masih mengekalkan ciri keselamatan aktif seperti brek kecemasan automatik, sistem amaran terkeluar lorong dan sistem pencegahan terkeluar dari lorong, Front Departure Alert, sistem amaran titik buta, rear cross traffic alert dan Pedal Missoperastion System
Vios 1.5 hanya kehilangan sistem pemanduan automatik adaptif dan juga Lane Keeping Control selain daripada sistem Automatic Auto High Beam. Malah varian 1.5E juga mengekalkan ciri 3D Panoramic View Monitor dan perakam video digital.
Disebabkan varian 1.5E kekurangan beberapa ciri lain, berat keseluruhannya adalah lebih ringan pada 1015kg sahaja berbanding dengan 1.5G pada 1035kg sahaja. Sebagai perbandingan model lama datang dengan berat 1145kg. Malah penggnaan rim 16 inci membenarkan pusingan varian 1.5E dibuat dalam 4.8 meter berbanding 5.2 meter bagi varian 1.5G
Sehingga semalam sebanyak 5000 unit tempahan telah diterima oleh Toyota bagi model Vios 2023