Artikel PilihanBuletin

“INSANE MODE’ TAK CUKUP LAJU, 126 PELANGGAN NORWAY SAMAN TESLA

Sebelum ini, Tesla mengejutkan dunia automotif apabila memperkenalkan “Insane Mode” pada jentera Model S P85D keluarannya.

Tesla-Model-S-P85D-lawsuit-mekanika (2)

Tetapi, seramai 126 pelanggan Tesla di Norway tidak bersetuju. Malah mereka ingin membawa pengeluar kereta dari Amerika Syarikat itu ke mahkamah kerana menganggap “Insane Mode” tidak sebagus sebagaimana yang diiklankan.

Memetik satu laporan Bloomberg, mereka mahukan pampasan dalam jumlah yang tidak dinyatakan kerana kereta itu tidak memberi prestasi seperti yang didakwa.

Tesla-Model-S-P85D-lawsuit-mekanika (4)

Menurut seorang pelanggan, catatan masa 3.3 saat untuk mencapai kelajuan dari 0 ke 100km/j adalah tidak tepat. Tesla membalas dakwaan itu dengan menegaskan bahawa spesifikasi yang dinyatakan itu adalah tepat dan disahkan oleh pihak berkuasa Eropah.

Saman seperti ini bukanlah yang pertama. Sebelum ini, seorang pelanggan di Norway memulakan saman ke atas Tesla kerana tidak berpuas hati dengan prestasi kereta yang dibelinya.

Tesla-Model-S-P85D-lawsuit-mekanika (5)

Ia berikutan pengiklanan yang mengelirukan kerana iklan menyatakan kuasa dua buah motor ialah 691hp. Tetapi output dalam dunia sebenar adalah kurang kerana beberapa limitasi keselamatan.

Penderangan pertama kes ini di Mahkamah Daerah Oslo akan diadakan pada pertengahan Disember depan. Kumpulan kedua yang menyaman Tesla ini pasti akan menggunakan hujah dan keputusan saman terdahulu yang dilihat memilik kepada pengguna.

Tesla-Model-S-P85D-lawsuit-mekanika (1)

Tesla menafikan dakwaan bahawa Model S P85D mempunyai kuasa kuda yang rendah. Saman ini mencetuskan perdebatan ramai kerana Model S mendapat sambutan hangat di Norway. Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk pernah memuji prestasi syarikatnya di pasaran tersebut.

Macam mana rupa “Insane Mode” pada Tesla Model S P85D? Cuba tengok video ini.

Google ads
Back to top button