Artikel PilihanBuletin

ON-THE-GO-H20 – AIR MINUMAN DARI KONDENSASI PENGHAWA DINGIN KERETA

Ini mungkin inovasi paling bijak pada abad ini dengan menukar cecair pengeluwapan penghawa dingin kepada air yang boleh diminum. Idea yang dicetuskan oleh jurutera kawalan enjin Ford ini sebenarnya mempunyai konsep yang mudah.

Doug Martin, jurutera Ford mendapat idea ini daripada projek sebuah papan tanda di Peru yang menapis udara, memarangkap dan menapis air menjadi air minuman. Ia mampu menghasilkan 9450 liter air dalam masa 3 bulan.

Kebiasaannya, air yang dihasilkan oleh proses kondensasi penghawa dingin hanya akan menitis, terbuang begitu sahaja di bawah kereta. Kalau anda biasa parking kenderaan dalam tempoh lama, boleh lihat air yang dihasilkan oleh sistem penghawa dingin ini menitis keluar. Daripada membazirkannya, air ini ditapis menggunakan penapis 0.1 micron untuk membuang segala jenis bahan berbahaya.

h20 ford

Sistem ayng dikenali sebagai On-The-Go-H20 ini mampu menghasilkan hampir 2 liter air sejam bagi air cond yang terpasang terus-menerus. Ia jumlah yang agak banyak, dalam dua jam dah boleh dapat satu botol mineral kecil dan bayangkan kalau pandu kereta waktu balik hari raya dari Kuala Lumpur sampai Kodiang. Kena time jem teruk bukan minum lagi, silap-silap boleh basuh kereta terus.

Mungkin anda tak nampak kepentingannya dalam cuaca tropika seperti Malaysia. Tapi bayangkan teknologi yang sama jika jadi kenyataan pada kereta-kereta di sebelah benua Timur Tengah. Di negara yang bahanapinya lebih murah berbanding sebotol air mineral, tentunya teknologi begini akan dihargai.

Di bawah ini ada pautan video bagi teknologi ujian yang dibuat oelh Doug Martin. Air dari bawah kenderaan salurkan kepada paip kecil kepada penapis dan seterusnya pada paip tap kecil. Buka pili, tadah air dan boleh terus minum.

Google ads
Back to top button