Artikel PilihanBuletin

VW BEETLE LSR – PALING LAJU DI DUNIA, 330KM/J

Volkswagen of America, Inc., baru-baru ini mengumumkan bahawa Volkswagen Beetle LSR yang telah menerima talaan khas berjaya mencatat kelajuan 33km/j. Ia dikatakan sebagai Beetle paling laju pernah direkodkan setakat ini.

Volkswagen-Beetle-LSR-speed-mekanika (1)

Beetle LSR dijana oleh enjin petrol empat silinder pancitan terus TSI bersesaran 2.0 liter. Jentera itu dipandu oleh editor undangan majalah Automobile, Preston Lerner di Bonneville Salt Flats, Wendover, Utah Amerika Syarikat pada acara 2016 World of Speed yang dianjurkan oleh Utah Salt Flats Racing Association (USFRA).

Untuk mencapai kuasa kuda yang diperlukan bagi mencecah kelajuan 330km/j dan mematuhi piawaian yang ditetapkan Southern California Timing Association (SCTA) G/BGC, rangkaian kuasa Beetle itu telah dimodifikasi oleh THR Manufacturing, berpangkalan di Santa Paula, California.

Volkswagen-Beetle-LSR-speed-mekanika (6)

Dengan menggunakan pengecas turbo baharu, omboh, rod penyambung dan kepala silinder yang diubah suai, enjin tersebut mampu menjana kuasa 543hp dengan tork maksimum 571Nm.

Berbanding model standard Beetle R-Line® coupe, enjin EA888 dengan sistem pengecas turbo dan pancitan terus TSI 2,0 liter mempunyai kuasa 210hp dan tork 280Nm.

Volkswagen-Beetle-LSR-speed-mekanika (5)

“Kami sangat teruja dengan prestasi LSR’s di Bonneville. Beetle bukanlah kereta paling dinamik dalam portfolio kami, tetapi kejayaan mencatat kelajuan 330km/j jelas membuktikan kuasa yang mampu diperah daripada enjin EA888 TSI empat silinder Volkswagen,” kata Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Strategi Produk Volkswagen of America, Inc., Dr. Hendrik Muth.

Ubah suai lain yang diterima oleh Beetle LSR termasuklah suspensi lebih rendah, rim dan tayar khas untuk Salt Flat serta limited-slip differential bagi meningkatkan tahap cengkaman.

Volkswagen-Beetle-LSR-speed-mekanika (2)

Bahagian kabinnya dibuang dan dipasang dengan peralatan keselamatan seperti rollcage, tempat duduk perlumbaan dan sistem mencegah kebakaran. Untuk memperlahankan kereta ini, ia di pasang dengan dua unit payung terjun.

“Kami sebenarnya masih ada kuasa untuk memecut lebih laju. Tetapi melihat meter mencecah 330km/j pasti menjadi kenangan yang tidak mungkin saya lupakan,” kata Lerner.

Google ads
Back to top button