Buletin

ISUZU D-MAX 2017 DILANCARKAN DENGAN ENJIN LEBIH KECIL – 1.9L DISEL TURBO

Trend enjin-enjin kecil kini menunjukkan kesinambungannya menerusi segmen enjin disel. Setakat ini dalam industri, Ford menghasilkan enjin disel paling kecil untuk trak Ranger mereka. 2.2 liter “Puma” dengan transmisi manual atau automatik enam kelajuan.

Isuzu, peneraju trak (ye lah diorang mana ada buat kereta) telah membuka tempahan untuk pelanggan mereka di UK. Bulan hadapan, versi facelift 2017 akan dilancarkan secara rasmi dan ia bukanlah sekadar facelift biasa.

BACA: SELAMAT ULANGTAHUN KE 100 ISUZU!

Isuzu sudah bersedia menawarkan enjin terkecil dalam industri, 1.9 liter turbo disel akan ditawarkan bersama model yang akan dilancarkan kelak. Enjin yang dikenali dengan Ddi Blue Power ini didatangkan dengan 164 kuasa kuda dan 360Nm tork.

ISUZU TERUS JADI PENAJA UTAMA BORNEO SAFARIIa lebih 1 hp berbanding enjin 2.5liter yang digunakan sekarang dan nisbah kuasa kepada berat juga lebih baik kerana enjin ini 60kg lebih ringan berbanding enjin 2.5L.

Enjin 1.9 liter baru ini juga menepati piawaian Euro 6 dan penggunaan bahanapinya didakwa 19 peratus lebih baik dari enjin sebelumnya. Ia turut dilengkapi dengan transmisi manual dan automatik enam kelajuan, pertama seumpamanya dalam rangkaian trak Isuzu.

Harap-harap ia diperkenalkan juga di pasaran Malaysia. Murah cukai jalan ni.

BACA: ISUZU D-MAX DALAM BORNEO SAFARI

BACA: EDISI TERHAD D-MAX BEAST

Google ads
Back to top button