Buletin

ISUZU MALAYSIA SERAH TRAK PEMAMPAT FORWARD FVR KEPADA SYARIKAT PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pada awal Februari lalu, Isuzu Malaysia menganjurkan majlis penyerahan beberapa unit trak pemampat (compactor truck) Isuzu FORWARD FVR kepada syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. (Environment Idaman) dan subkontraktornya, Warisan Integriti Sdn. Bhd.

Trak-trak itu dibeli melalui pengedar sah Isuzu Malaysia, Indah Utara Auto Sdn. Bhd.

Environment Idaman beroperasi di bahagian Utara Semenanjung Malaysia. Ia merupakan syarikat konsesi yang menawarkan pelbagai solusi pengurusan sisa dan perkhidmatan pembersihan lestari.

Trak Isuzu FORWARD FVR akan menggantikan trak-trak lama dalam flit pengangkutan sedia ada Environment Idaman. Manakala bagi Warisan Integriti, pemerolehan ini adalah sebahagian daripada usaha pengembangan flit pengangkutan mereka.

Trak pemampat FORWARD FVR bakal digunakan untuk pengurusan, pengumpulan serta pembuangan sisa pepejal untuk majlis perbandaran tempatan di sekitar Perlis dan Kedah.

Sebanyak 6 unit trak Isuzu FORWARD (FVR 240MT) diperoleh oleh Environment Idaman untuk tahun ini. Manakala Warisan Integriti pula memperoleh sebanyak 4 unit trak Isuzu FORWARD (FVR 240AT).

Isuzu Malaysia juga akan menganjurkan sesi latihan untuk para pemandu kedua-dua syarikat tersebut untuk mengenali serta memahami cara terbaik pengendalian trak FORWARD FVR.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari www.isuzu.net.my.

Google ads
Back to top button