Buletin

VOLVO CAR MALAYSIA CATAT REKOD BAHARU JUALAN BEV

Volvo Car Malaysia (VCM) menutup tahun 2024 dengan pencapaian baharu dalam jualan kenderaan elektrik penuh (BEV).

Angka berkenaan telah menyumbang 30 peratus daripada jumlah jualan runcit, meningkat sebanyak 18 peratus berbanding tahun 2023.

Secara keseluruhan, model elektrifikasi (BEV dan Plug-in Hybrid Electric Vehicle, PHEV) mewakili 83 peratus daripada jumlah jualan tahunan, meningkat daripada 71 peratus pada tahun sebelumnya.

Kejayaan ini menandakan satu langkah penting dalam komitmen global Volvo Cars untuk mencapai 90-100 peratus jualan kenderaan elektrifikasi menjelang 2030.

Volvo Car Malaysia kekal sebagai perintis dalam elektrifikasi, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dalam pasaran global Volvo.

Sejak 2020, semua model baharu Volvo yang dijual di Malaysia hanya ditawarkan dalam varian elektrik penuh atau hibrid elektrik.

Kini, pelanggan boleh memilih antara PHEV atau Mild Hybrid Electric Vehicle (MHEV) untuk model yang masih menggunakan enjin pembakaran dalaman.

Pada tahun 2024, Volvo Car Malaysia menjual 1,953 unit, dengan model MHEV hanya menyumbang kurang daripada satu perlima daripada jumlah jualan tahunan – berbanding sepertiga pada tahun sebelumnya.

Model Volvo EX90 yang akan datang bakal menjadi SUV elektrik terbesar Volvo, menampilkan teknologi keselamatan tercanggih seperti lidar, pengkomputeran teras (core computing), dan pemantauan pemandu serta penumpang.

Pada peringkat global, Volvo Cars turut mencatat rekod baharu dengan jualan 763,389 unit kenderaan pada 2024, meningkat 8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jualan BEV meningkat 54 peratus kepada 175,194 unit, manakala PHEV meningkat 16 peratus kepada 177,593 unit.

Secara keseluruhan, kenderaan elektrifikasi menyumbang 46 peratus daripada jumlah jualan global Volvo, dengan model BEV sahaja merangkumi 23 peratus jualan – meningkat daripada 16 peratus pada 2023.

Tahun ini, Volvo Cars juga bakal melancarkan antara muka pengguna (UI) baharu untuk semua model Volvo yang menggunakan sistem operasi Android sejak 2020.

Untuk maklumat lanjut, layari www.volvocars.com/my.

Google ads
"
"
Back to top button