JAECOO PAMERKAN SUV COUPE C9: TARIKAN BAHARU UNTUK PEMINAT SUV DI MALAYSIA
JAECOO, jenama automotif yang semakin mendapat perhatian di Malaysia, telah mempamerkan model SUV kegunaan lasak premium terbarunya, C9 Coupé, buat kali pertama kepada orang ramai di pusat beli-belah 1 Utama dari 30 Oktober hingga 2 November.
Sebagai SUV Coupé premium pertama JAECOO dalam segmen D di pasaran Malaysia, C9 menarik lebih 5,000 pengunjung yang hadir untuk melihat dan mencuba sendiri model ini sebelum pelancaran rasminya pada bulan Disember.
Peluang pandu uji yang ditawarkan di pameran ini turut mendapat sambutan luar biasa. Ramai pengunjung mengambil kesempatan untuk merasai sendiri kuasa dan keselesaan SUV Coupé C9 yang dilengkapi enjin petrol empat silinder sebaris 2.0 TGDI, berkuasa 257 Hp dan tork 400Nm.
Selain prestasinya mengagumkan, C9 menawarkan sistem Kawalan Peredam Berterusan (CDC), membolehkan kenderaan menyesuaikan ketegangan penyerap hentakan dalam milisaat, memberi pengalaman pemanduan lebih adaptif dan selesa.
Dari segi dimensi, C9 mempunyai ukuran 1,671mm tinggi, 1,920mm lebar, dan 4,775mm panjang dan jarak roda 2,800mm, menawarkan kapasiti 660 liter hingga 1,783 liter untuk but belakang.
Model baharu ini juga menawarkan jarak dasar 165mm dari permukaan, yang membolehkannya meredah air pada kedalaman maksimum 450mm.
Di dalam kabin, ia dilengkapi cahaya keliling ritma aktif, paparan HD tunggal 24.6-inci C9 serta konsol dan papan pemuka dilitupi kulit lembut premium untuk memberikan kemasan mewah.
Konsol tengah luasnya dilengkapi dengan bolong udara untuk memastikan barang yang disimpan kekal dingin di samping penyediaan alat pengecas mudah alih tanpa wayar (50W).
Bagi sistem audio, C9 disertakan bersama sistem audio dengan 14 pembesar suara (varian AWD), manakala varian 2WD menerima lapan pembesar suara.
JAECOO kini membuka pendaftaran minat untuk C9 dalam varian Pacuan Dua Roda (2WD) yang dianggarkan berharga MYR185,000, serta Pacuan Semua Roda (AWD) sekitar MYR195,000.
Penyerahan bagi model AWD dijadualkan bermula Januari 2025, manakala 2WD pula pada Mei atau Jun 2025.
Sebagai usaha memperkenalkan prestasi SUV C9 kepada lebih ramai orang, JAECOO akan menganjurkan sesi pandu uji awam di Tempat Letak Kereta Plaza Arkadia CP3 pada 9 dan 10 November dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang.
- BACA: JOM SERTAI YEAR END SALE GOCAR CUBA BELI: PELUANG HEBAT MILIKI KERETA IDAMAN!
- BACA: MERCEDES-AMG G63 FACELIFT DILANCARKAN, JANA 585HP – HARGA BERMULA RM1.9 JUTA
- BACA: 3 CIRI KERETA LAMA YANG SEPATUTNYA DIKEMBALIKAN – HARAP ADA PENGELUAR YANG BACA
- BACA: TOYOTA DAN JOBY TERBANGKAN TEKSI UDARA DI JEPUN!