3 CIRI KERETA LAMA YANG SEPATUTNYA DIKEMBALIKAN – HARAP ADA PENGELUAR YANG BACA
Maaflah kepada para pembaca yang masih berhingus. Kami di Mekanika ni ramai yang veteran jadi payah sikit yang move on dengan benda-benda yang dah ada dari kecil. Baru-baru ni ada tular video di saluran YT tentang ciri-ciri kereta lama yang patut dikembalikan. Banyak yang disebut tapi banyak yang tak sesuai pun. Ada ke nak suruh pasang balik pemain kaset dan tempat habuk rokok. Itu mengarut. Pasaraya pun dah tak jual kaset dan tempat habuk rokok tu dari dulu dah jadi tempat letak syiling.
Namun ada tiga ciri yang kami sangat teruja kalau diperkenalkan kembali. Ciri yang mana satu? Teruskan membaca.
- Tempat duduk panjang ala bangku kantin
Sudah tentu untuk supercar dah kereta sport ia tidak sesuai. Mahu pemandu menggelongsor ke tempat duduk sebelah kalau pakai seat panjang ni. Tapi percayalah seat panjang ni lagi menyeronokkan untuk pemandu dan penumpang hadapan.
Mana nak taruk konsol tengah? Sejujurnya konsol untuk letak barang tengan tu tak perlu ada pun. Ramai yang guna untuk sumbat resit, botol minuman kosong, kotak rokok, pengorek telinga, pencungkil gigi, sabit, kapak dan macam-macam lagi.
Seat panjang ni macam bangku kantin yang boleh bergerak laju. Kalau rasa lenguh korang boleh ubah posisi duduk semasa jalan jauh. Kalau dating dengan bini pun nescaya korang akan jadi lebih mesra. Tak percaya tanya geng-geng Kenari yang dah convert seat sambung Daihatsu Move.
- Tingkap segitiga kecil
Ini sahih ramai yang tak pernah rasa. Ia merupakan cermin bentuk segi tiga yang berada di hadapan cermin sisi pemandu dan penumpang. Ia boleh dipusing untuk ‘menarik’ angin luar ke dalam ruang kabin. Best oo.
Memang la penyaman udara tu lagi best tapi kalau rosak tak ke korang rasa macam dalam oven. Bukak tingkap busar-besar pun sama je. Masa tu baru tahu betapa penting fungsi cermin kecik ni.
Kalau buka pagi-pagi atau masa ambik angin petang memang sangat-sangat syok woh.
- Tiang-A bersaiz kecil
Kalau dilihat pada kereta-kereta malah Kancil sekali pun, tiang-A kereta-kereta ini memang sangat kecil. Ia memudahkan anda melihat ke kiri dan kanan sekaligus mengecilkan titik buta.
Kereta-kereta sekarang? Tak payah cari yang pelik-pelik la, tiang-A kereta kompak macam Axia baru dah besar gedabak sampaikan pemandu terpaksa bergantung kepada sensor untuk mengesan objek di kiri dan kanan.
Kalau sakit leher memang masalah la untuk pemandu kereta-kereta yang mempunyai tiang-A yang besar gedabak.
Sebenarnya banyak lagi ciri lain yang kami mahukan kembali tapi tiga cukup la kot. Ini pun belum tentu akan di layan.