KERETA LANGGAR PEMBAHAGI TOL, DUA WARGA EMAS MAUT
Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar pembahagi tol di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Seremban, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 3.42 pagi.
“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda CRV yang telah melanggar pembahagi tol.
“Dua lelaki berusia 65 tahun didapati tersepit di bahagian hadapan kenderaan berkenaan.
“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa berjaya dilakukan oleh anggota dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.”
Katanya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Buletin TV3
- BACA: JOM SERTAI YEAR END SALE GOCAR CUBA BELI: PELUANG HEBAT MILIKI KERETA IDAMAN!
- BACA: MERCEDES-AMG G63 FACELIFT DILANCARKAN, JANA 585HP – HARGA BERMULA RM1.9 JUTA
- BACA: 3 CIRI KERETA LAMA YANG SEPATUTNYA DIKEMBALIKAN – HARAP ADA PENGELUAR YANG BACA
- BACA: JAECOO PAMERKAN SUV COUPE C9: TARIKAN BAHARU UNTUK PEMINAT SUV DI MALAYSIA