Artikel Pilihan

JANGAN CUBA MENCABAR KELAJUAN KERETA POLIS JEPUN TERBARU – BUKAN BIASA-BIASA NI

Ingat tak dialog Han dalam filem Tokyo Drift yang mengatakan kereta polis Jepun semuanya standard kilang. Mereka tak akan mengejar pesalah yang memandu melebihi 180kmj. Itu dulu tapi sekarang polis Jepun dah ada senjata terbaru yang mempunyai 573 hp kuasa! Han pun ternganga kalau nampak ni sampai terkeluar cikedis yang selalu beliau makan tu.

Ya tuan-tuan, polis peronda yang bertugas di sekitar kawasan litar Suzuka kini sudah mempunyai kereta peronda baharu. Kalau sebelum ini mereka dilihat memandu Toyota sedan kini mereka mempunyai Honda NSX dalam garaj mereka.

Satu upacara khas dilangsungkan di litar Suzuka Isnin lepas untuk memperkenalkan aset terbaru mereka lengkap dengan iringan muzik. NSX tersebut menggunakan liveri hitam putih polis Jepun lengkap dengan tulisan “Police” di kiri dan kanan pintu selain lampu amaran merah pada bumbung. Pejuang bahasa Jepun tak marah ke tulis polis dalam bahasa Inggeris tu? Tanya je, jangan marah deh.

Menariknya NSX tersebut bukannya dibeli oleh jabatan polis atau pun hasil rampasan pihak berkuasa. Sebaliknya ia merupakan unit yang didermakan oleh seorang Toshiya Kobayashi, seorang jutawan hartanah berusia 43 tahun. Kobayashi sendiri merupakan seorang peminat lumba kereta dan agaknya beliau dah bosan asyik melihat kereta peronda Toyota sedan di sekitar kawasan kediaman beliau.

Kereta tersebut bernilai kira-kira 25 juta yen termasuk kos modifikasi untuk menjadikannya sebuah kereta peronda sebenar. Ia bakal muncul mengetuai perarakan dalam perlumbaan SuperGT Ogos ini di litar Suzuka. Jadi kalau nak tengok kereta polis ni, baik tempat tiket cepat-cepat.

Google ads
Back to top button