Buletin

JENSON BUTTON AKAN BERAKSI DALAM PERLUMBAAN KLASIK DENGAN MEMANDU JAGUAR E-TYPE MILIKNYA SENDIRI

Bekas pemandu juara FIA Formula 1 Championship 2009 Jenson Button akan kembali semula ke acara perhimpunan kereta tersohor pada tahun ini, Goodwood Revival untuk berlumba bersama model Jaguar E-Type 1962 milik beliau di Royal Automobile Club (RAC) TT Celebration

Perlumbaan itu, yang dikhususkan untuk model Grand Touring yang terpantas dan paling ikonik keemasan Goodwood, yang menganjurkan RAC TT dari 1960 hingga 1964, akan menyaksikan Jenson Button yang juga merupakan pelumba untuk siri FIA World Endurance Championship (WEC) musim ini kembali semula ke grid untuk mengejar kemenangan sejak kali terakhir bertanding di Revival pada 2022.

Dahulunya ianya telah digunakan untuk berlumba oleh ahli seumur hidup BRDC Ed Nelson pada musim 1965-66 di Nürburgring dan Mugello. Model Jaguar keluaran 1962 itu adalah yang terakhir daripada pengeluar dari British yang terkenal yang disediakan oleh Protheroe. Setelah berlumba sepanjang awal 2000-an, CUT 8 ex-Protheroe kali terakhir beraksi  dalam perlumbaan di RAC TT Revival adalah pada 2013 dengan pemilik yang berbeza.

Untuk rekod Jenson Button membuat debut perlumbaan untuk perlumbaan yang bersejarah ini dengan memandu Jaguar E-Type 1962 sewaktu Revival 2021, Stirling Moss Memorial Trophy. Maka sememangnya cukup layak untuk Jenson Button untuk sekali lagi beliau kembali beraksi dengan memandu model yang sama bagi merebut trofi Trofi RAC TT yang diidamkan.

Menurut Jenson Button, “Saya berasa teruja untuk kembali semula ke Goodwod Revival pada September nanti untuk menikmati hujung minggu perlumbaan yang paling menyeronokkan sepanjang tahun. Malah, saya sangat menyukainya, saya telah membeli kereta saya sendiri untuk mengambil bahagian! Saya sangat teruja untuk berlumba dengan Jaguar E-type saya yang baru dalam perlumbaan nanti”.

Model Jaguar E-Type ini merupakan sebuah model kereta sport keluaran dari negara British yang cukup ikonik dari segi rekaan dan didatangkan dengan varian Coupe atau pun roadster dan dijanakan oleh enjin 3.8 liter yang cukup berkuasa.

BACA : JAGUAR RARE E-TYPE 1965 TERSADAI PERNAH DILELONG RM229,372. KALAU RESTORE BOLEH CECAH RM800K

BACA : JAGUAR CLASSIC TUKAR E-TYPE JADI KERETA ELEKTRIK – JAGUAR E-TYPE ZERO

Google ads

B K

Back to top button