Buletin

JAGUAR CLASSIC TUKAR E-TYPE JADI KERETA ELEKTRIK – JAGUAR E-TYPE ZERO

Selepas mendapat reaksi positif daripada orang ramai, JaguarClassic mengesahkan bahawa ia akan menjual E-Types elektrik.

Disifarkan sebagai kereta paling cantik di dunia, berita itu hadir selepas model konsep Jaguar E-type Zero melakukan debut pada acara Jaguar Land Rover Tech Fest, September tahun lalu.

Menggabungkan kepakaran restorasi dan teknologi tercanggih Jaguar I-PACE, Jaguar Classic akan menawarkan perkhidmatan merestorasi dan menukar model E-type menjadi sebuah jentera elektrik di bengkel Classic Works miliknya di Coventry, UK.

Pemilik E-type sedia ada juga bakal ditawarkan dengan perkhidmatan sama.

Model konsep Jaguar E-type Zero

Model konsep Jaguar E-type Zero bukan sahaja menawarkan pemanduan dan gayaan seperti sebuah E-type klasik, malah menjanjikan prestasi luar biasa.

Jaguar Classic dikuasakan oleh bateri berkapasiti 40kWh dengan sasaran jarak sejauh 273km yang perlu dicaj selama enam hingga tujuh jam, bergantung kepada sumber kuasa.

Selain rangkaian kuasa termaju, instrumentasi dan fascia bersama infotaimen skrin sentuh (hadir sebagai opsyen), E-type Zero boleh dikatakan masih original. Lampu LED yang efisien itu nyata melengkapkan lagi rekaan Series 1.

Rangkaian kuasa tersebut dipadankan dengan gear satu kelajuan yang direka khas untuk E-type, menggunakan banyak komponen Jaguar I-PACE. Pek bateri lithium-ion mempunyai dimensi dan berat yang sama dengan enjin XK enam silinder E-type.

Dengan menggunakan rangkaian kuasa yang mempunyai berat sama, ini bermakna struktur kereta termasuklah suspensi dan brek tidak berubah. Sekali gus dapat menawarkan pengalaman pemanduan yang sama seperti versi E-type original.

Spesifikasi teknikal dan harga akan diumumkan kemudian. Jaguar Classic menyatakan ia sudahpun mendapat pertanyaan daripada pelanggan E-type Zero. Penghantaran pertama E-type elektrik dijangka bermula pada musim panas 2020.

Google ads
Back to top button