
RISIKO TERSEMBUNYI EV TERLALU LAJU. 0-100KM/H DALAM 2 SAAT
Dengan teknologi bateri dan motor elektrik yang menjadi semakin maju, kereta elektrik menjadi semakin pantas dalam aspek pecutan. Dalam sesetengah keadaan pecutan yang dihasilkan cukup uar biasa dan mampu menandingi pecutan yang dijana oleh jentera F1
Tapi persoalan utama ialah, adakah pecutan sedemikian bagus untuk kesihatan manusia???
Tiba tiba sahaja pemandu amatur seperti kita datang dengan keupayaan Max Verstappen dan Lewis Hamilton. Namun perbezaan antara kita dan 2 penama di atas ialah kedua duanya adalah bekas juara dunia dengan pengalaman berlumba yang cukup luas serta diberikan latihan fizikal yang cukup
Tesla, Porsche, Hyundai, Kia, BYD, Smart dan apa sahaja jenama kereta elektrik pada hari ini datang dengan satu pilihan kereta elektrik flagship berkuasa tinggi yang pada satu ketika dulu hanya ditawarkan oleh supercar ataupun hypercar pada harga mampu milik
Masa pecutan 0-100km/jam ini seolah-olah menjadi alat pemasaran yang ampuh pada pengeluar bagi menarik minat pembeli dan bakal pembeli untuk meninggalkan kereta biasa dan bertukar kepada kereta elektrik. Bayangkan jika kereta elektrik ada 2, 3 atau 4 motor elektrik yang menjana sehingga 1000Nm tork
Bahaya yang tersembunyi di sebalik di sebalik pecutan pantas di bawah masa 2 minit ialah G Force yang bertindak pada badan, menekan anda ke arah tempat duduk. G Force ini boleh bertindak dalam nilai 1.3G atau 1.5G ke atas badan anda
Jika berat anda ialah 100kg, maka nilai berat badan anda akan menjadi 150kg jika nilai G Force ialah 1.5G, setara dengan nilai dan pengalaman anda menaiki roller coaster terpantas di dunia. Namun berbeza dengan roller coaster atau kereta dengan enjin, kereta elektrik memberikan pengalaman yang lebih ekstrim
Motor elektrik menjana tork segera melepasi 0 RPM dan apabila disambungkan dengan gear tunggal, motor elektrik tidak perlu membina momentum. Tau tau EV sudah terpacak di depan. Kereta berenjin perlu membina tork, mengambil masa sebelum disalurkan pada transmisi akan membina sela masa yang semasa kereta memecut
Keadaan ini akan memberikan badan masa untuk bersedia bagi memecut dengan selamat. Mungkin anda tidak akan memecut secara gila-gila setiap hari, namun jika anda tidak bersedia pecutan ekstrim pada EV akan menekan tulang belakang yang menyokong kepala dan menyebabkan risiko slip disc
Ia adalah ciri yang sama ketika kereta anda dirempuh dari belakang semasa kemalangan. Pendedahan yang kerap boleh menyebabkan sakit leher, bahagian bahu terasa tegang, motion sickness, pening dan boleh memberik konkusi pada otak
Jadi anda sudah tahu kenapa pemandu F1 memakai topi keledar dan peranti HANS (Head And Neck Support)
Sekiranya anda kurang cergas, G Forcw 1.5 G tadi juga akan menyebabkan mata anda menjadi kabur dan anda akan hilang keupayaan untuk melakukan tugas yang mudah. Ini adalah simptom biasa yang dialami oleh juruterbang jet pejuang semasa mengalami masalah G-LOC
Pendedahan dan pecutan yang berulang ulang ini juga tidak sesuai untuk pemandu yang ada masalah hypertensi, tekanan darah tinggi dan mempunyai masalah jantung. Jika anda perasa, mesti amaran ini pernah diberikan sebelum anda menaiki roller coaster
Pada hemat penulis, pecutan 0-100km/jam dalam masa 3 saat dengan nilai G Force 1.0G adalah nilai maksimum bagi pemandu biasa. Tapi atas aspek keselamatan, pecutan yang mengambil masa 3.5 saat ke 4 saat dengan angka 0.8G adalah jauh lebih selesa
Namun bagi kereta dengan enjin, masa 3 ke 3.5 saat adalah OK disebabkan pecutan yang dibuat adalah dibina secara sekata. Namun bagi jangka masa panjang, masa pecutan yang sesuai ialah tidak melebih 4.5 saat
Pada ketika ini badan manusia akan mengalami G Force sekitar 0.6G ke 0.7G, tidak besar dan pemandu amatur masih boleh merasai kesan teruja sewaktu memecut tanpa menyebabkan badan terasa stress, pening dan memberi kesan pada tulang belakang