Artikel Pilihan

JEPUN RANCANG JALAN TALI SAWAT PENGHANTAR 500KM. GANTI 25,000 LORI KONTENA SEHARI

Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun mengesahkan rancangan mereka untuk membina jalan khas, dengan menggunakan belt conveyor (tali sawat penghantar) bagi menggantikan lori kontena untuk membawa barangan keperluan seharian.

Jalan conveyor belt ini akan dibina antara Tokyo dan Osaka sejauh 500km ini berupaya menggantikan kira-kira 25,000 lori kontena yang digunakan setiap hari untuk membawa barangan perdagangan antara 2 kota ini.

Conveyor Belt ataupun projek Autoflow Road ini akan menggunakan sistem penghantaran palet kapasiti tinggi dengan keupayaan membawa sehingga 1000kg bagi setiap palet, mampu beroperasi selama 24 jam sehari tanpa henti

Rancangan ini mulai timbul sebagai penyelesaian jangka masa panjang bagi industri logistik Jepun yang mengalami kekurangan mendadak pemandu lori dan peningkatan luar biasa terhadap barangan industri untuk dibawa dari pusat pengedaran ke lokasi jualan.

Pegawai Kajian Perancang Ekonomi Jepun merancang sistem Autoflow Road ini akan menjadikan isu logistik menjadi semakin cekap, dengan menggunakan semua ruang yang ada seperti bahu jalan, ruang tengah antara lebuh raya serta menggunakan terowong baru yang akan dibina

Menurut Yoshitsugu Hayashi, profesor kajian dan polisi pengangkutan awam Jepun di Universiti Chubu menyokong hasrat ini dan menyatakan keadaan jalan semakin sesak dan penggunaan terowong untuk membina Autoflow Road adalah kaedah yang paling efisyen.

Selain mengurangkan kesesakan jalan, Autoflow Road juga membantu mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan gas beracun ke atmosfera. Buat masa ini kerajaan Jepun masih belum mendedahkan bila projek ini dijangka akan dimulakan, disiapkan dan jumlah kos yang terlibat sedang dikira dengan teliti

Namun akhbar utama Jepun menjangkakan kos bagi projek Autoflow Road ini mencecah sehingga $508 juta dollar bagi setiap 10km.

Google ads
Back to top button