Artikel Pilihan

DAIKOKU FUTO PA – PAMERAN KERETA JALANAN DI JEPUN

Kalau anda minat kereta, mampu beli rim sukan, modified kereta sampai lima angka TAPI tak pergi Jepun, lebih baik duduk mereput.

BACA – LAWATAN KE KILANG SUDU (SPOON SPORTS)

BACA – PENGALAMAN DRIFT KAMPUNG DI JEPUN!

Ini adalah negara yang mesti dilawati sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ia sebuah negara yang sangat unik. Tak ada satu pun negara dalam dunia yang sama dengannya.

Selain sebagai negara gergasi teknologi, membangun dari lumpuh lepas perang, membicarakan tentang Jepun tak akan lari tentang sikap dan disiplin yang sangat tinggi.

Mereka lebih Islam sifatnya berbanding negara Islam sebenar. Bersih, jujur, amanah, menepati masa dan namakan saja sifat-sifat terpuji, mereka ada semuanya!

Melihat kejayaan dunia automotif Jepun tidak akan lari dari menilai tentang sikap.  Sifat peramah dan saling bertegur-sapa membolehkan banyak acara bersifat automotif berjaya dianjurkan.

Lihat sahaja Tokyo Motorshow dan Tokyo  Auto Salon. Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak penganjur luar seperti Wekfest dan Hellaflush mula menjelajah Jepun sebab sambutan yang sangat menggalakkan.

Acara ini secara tak langsung menyuntik industri aftermarket dan lahirlah komposisi mereka yang berminat dalam dunia modifikasi. Disebabkan negara ini tak cukup saiz, tempat melepak dan bertemu rakan sangat terhad.

Daikoku-Futo-PA-mekanika (66)

Daikoku Futo merupakan salah satu lokasi yang popular. Atau lebih tepat, sangat popular sebagai destinasi acara perjumpaan tak rasmi peminat kereta hampir setiap hari.

Ia merupakan hentian R&R yang terletak di pertemuan Lebuhraya utama Wangan. Diketahui sebagai lebuh raya yang panjang, berliku dan laluan lurus, kadang-kadang sempit dan siangnya jem jangan cerita lah, lebuhraya ini telah menaikkan nama Daikoku Futo PA.

Apa yang best tentang Daikoku Futo?

Daikoku sebenarnya terletak di atas sebuah pulau buatan dari sebahagian platform terbesar teluk Yokohama. Sampai ke hari ni pun, teluk Yokohama merupakan pelabuhan penting untuk industri eksport Jepun terutama kereta.

Kebanyakan kereta eksport dari Kanto datangnya dari pelabuhan ini. Waktu nak masuk ke Futo PA ni pun boleh nampak di sekeliling penuh ratusan atau mungkin ribuan kereta yang menanti untuk dieksport.

Di teluk ni juga terdirinya industri berkaitan, stor, warehouse dan kereta-kereta recond yang sampai ke Malaysia pun kebanyakannya memang naik dari sini.

Daikoku-Futo-PA-mekanika (82)

Daikoku adalah tipikal kawasan rehat yang lengkap dengan segala-galanya. Dari restoran berhawa dingin/panas, food court dengan langit terbuka, kedai serbaneka dan tingkat baru yang diperbesarkan ada macam shopping mall pun boleh juga kalau diklasifikasikan.

Menurut kenalan kami, tempat ini dah dibesarkan 2 kali, bilangan kedai ditambah di bahagian timur kawasan kompleks kedua. Kawasan parkirnya juga ditambah dengan ruang khas untuk bas, lori dan kontena yang semakin besar.

Walaupun hanya berada di sana sekitar 3 jam, kami dapat lihat berapa banyak kereta-kereta, kelab kereta keluar masuk. Berdiri terpacak dalam kesejukan 3 jam pun tak kan terasa lah kalau semua jenis kereta yang mungkin sekali je dapat korang tengok depan mata, nampak Hakosuka GT-R tu?

Ah. Dunia memang tak adil!!

Google ads
Back to top button