Buletin

JPJ AKAN LELONG SUBARU IMPREZA, ODYSSEY, MINI & MOTOSIKAL AKHIR BULAN INI

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan mengadakan lelongan awam 47 kenderaan, termasuk 20 kereta mewah yang disita atas pelbagai kesalahan, akhir bulan ini.

Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin berkata, 47 kenderaan yang akan dilelong itu termasuk 18 buah motosikal, sembilan pelbagai kenderaan dan 20 kenderaan yang terbabiyt dalam tangkapan kenderaan klon.

Beliau berkata, antara kenderaan paling diminati ramai dan akan dilelong ialah lima unit Honda Odyssey, empat buah Honda Jazz, tiga unit Honda Stream , Honda City , dua buah Toyota Wish, tiga unit Subaru Impreza dan masing-masing satu Subaru Forester serta Nissan Sentra.

Beliau berkata, sebahagian besar kenderaan yang terbabit dalam lelongan awam itu adalah kereta klon yang dirampas dalam beberapa operasi dilakukan JPJ negeri.

“Orang awam yang berminat membeli kenderaan lelong itu boleh mendapatkan dokumen penjualan lelong di Ibu Pejabat JPJ negeri,” katanya pada sidang media Penutup Operasi Hari Raya, di sini, hari ini.

“Tiga kereta jenis Mini Cooper dan Honda Jazz serta satu van pelancong yang disyaki kenderaan klon kerana melakukan kesalahan mempamer nombor pendaftaran dan cukai jalan kenderaan lain serta insurans tamat tempoh turut disita,” katanya.

KREDIT: HARIAN METRO

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button