Artikel Pilihan

FORD FIESTA R5 BAHARU

Harus diakui, lama dahulu Ford Fiesta R5 suatu ketika dahulu boleh dianggap sebagai sebuah kereta rali yang cukup handal dalam kelasnya. Mana kan tidak, Ford Fiesta R5 adalah model yang pertama yang dihomogolasi ketika kelas R5 mula diperkenalkan pada tahun 2013. Antara kejayaan pernah diraih termasuklah Kejuaraan ERC (European Rally Championship) 2015, 2016, 2017 & 2018.

Tahukah bahawa sehingga kini dianggarkan terdapat sejumlah 250 unit Ford Fiesta R5 yang asal telah pun berada di serata dunia bersaing dalam rali peringkat kebangsaan mahupun benua.

Dan kini sudah sampai masanya Ford Fiesta R5 serba baharu diperkenalkan. Apatah lagi apabila ianya dibangunkan secara rasmi oleh M-Sport, pasukan yang sama menyediakan jentera Fiesta WRC. Ternyata, saingan WRC2 Pro bakal kembali sengit, sementelah Škoda Fabia R5 kelihatan bersendirian menggungguli saingan kelas kedua dalam WRC beberapa musim kebelakangan ini.

Sudah tentu pembuat daripada British ini mahu menyekat kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh lawan. Rasa sakit hati barangkali melihatkan kejayaan terkini, apabila Škoda Fabia R5 evo yang mula membuat debut pada perlumbaan WRC di Portugal lepas dan terus meraih kejayaan.

Pembinaan kereta rali yang baharu ini turut diketuai oleh Bernardo Fernandes pemuda berusia 28 tahun yang merupakan individu penting disebalik kejayaan Sebastian Ogier sewaktu merangkul WRC 2017. Manakala Richard Christensen pula ditugaskan untuk merekabentuk badan kereta Fiesta R5 ini.

Pembinaannya bermula semenjak awal 2018 lagi dengan pelbagai ujian intensif telah dilakukan meliputi pelbagai bentuk mukabumi oleh lapan pemandu ujian. Kereta R5 ini dipadankan dengan enjin baharu 1.6 liter turbo berserta dengan penggunaan kotak gear berjujuk lima kelajuan baharu daripada Sadev mampu menghasilkan kuasa 290 HP.

Selain daripada itu, penggunaan damper aluminum mampu mengurangkan berat badan kereta disamping memastikan kereta ini mempunyai pecutan dan respon yang jauh lebih baik.

Menurut Pengarah Urusan M-Sport Malcolm Wilson, beliau amat berpuas hati dengan buah tangan Bernardo Fernandes, yang merupakan Jurutera Rali mereka semenjak dari tahun 2014. Sebuah kereta rali yang benar – benar laju.

Spesifikasi Ford Fiesta R5

ENGINE: M-Sport developed 1.6 Turbo, direct injection power plant, FIA regulated 32mm restrictor, improved response and drivability complying with R5 regulations. POWER: 290 BHP @ 4000 RPM. TORQUE: 475 Nm @ 4000 RPM.

TRANSMISSION: Sadev 5-speed sequential gearbox mated to Sadev front and rear differential units and a clutch disconnect fitted to the handbrake. SUSPENSION: Front and rear McPherson struts with re-designed 3-way adjustable Reiger dampers with aluminium bodies. Geometry optimised for traction and stability. Front and rear anti-roll bar options.

STEERING: Hydraulic servo-assisted rack and pinion steering.

BRAKES: Brembo forged 4-piston front and rear calipers. Gravel 300 x 32mm internally ventilated discs, Tarmac 355 x 32mm internally ventilated discs. Bespoke Brembo pedal box.

WHEELS: Gravel 7 x 15” wheels, Tarmac 8 x 18” wheels with Michelin tyres.

BODYSHELL: M-Sport designed bespoke rollcage complying with 2019 regulations. Widened bodywork and strengthened suspension turrets.

ELECTRONICS: Life Racing F88 ECU with improved engine control code and single PDUX4 unit with smarter control strategies.

FUEL SYSTEM: ATL 80-litre bespoke competition fuel tank. DIMENSIONS: Length 4065mm, width 1820mm, weight 1230kg

BACA : SKODA FABIA R5 – JAGUHAN RALI 2018

BACA : IRIZ DIBELI IRISH – KISSAH PROTON IRIZ R5

Google ads

B K

Back to top button