Buletin

TIV MALAYSIA KEKAL POSITIF. NAIK 6% SEPANJANG 10 BULAN PERTAMA 2022

Jumlah volum industri (TIV) tahun 2022-2023 kekal kukuh dan postitif kerana permintaan kereta di Malaysia masih dalam kadar optimistik.

Walaupun tiada pengecualian cukai, pembuat kereta terus melancarkan model baharu untuk memikat pengguna, sekali gus membuktikan kereta di Malaysia masih mendapat permintaan yang menggalakkan.

Kenanga Research telah menaikkan unjuran TIV kepada 680,000 unit berbanding unjuran awal iaitu 650,000 unit untuk 2022.

Untuk 2023, unjuran TIV baharunya adalah berjumlah 690,000 unit, berbanding 660,000 unit sebelum ini.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research pula menaikkan sasaran TIV 2022 kepada 700,000 unit, rekod tertinggi bagi sektor itu sebelum unjuran sederhana pada 2023.

Ramalan rasmi TIV oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) ialah 630,000 unit untuk 2022 dan 636,000 unit untuk 2023.

Data daripada MAA menunjukkan TIV pada Oktober 2022 berjumlah 61,002 unit, susut 10 peratus berbanding 67,698 unit pada September 2022.

Menerusi penilaian tahun ke tahun, terdapat penurunan sebanyak 6 peratus dengan 64,762 unit terjual pada Oktober 2021.

Walau bagaimanapun, untuk 10 bulan pertama 2022, TIV tahun ke tahun meningkat kira-kira 6 peratus dengan jualan 577,902 unit.

Meskipun dibelenggu isu kekurangan alat ganti, penghantaran model terpilih dari Perodua dan Toyota telah meningkatkan momentum penjualan. Kenanga Research berkata TIV Oktober 2022 melebihi jangkaannya iaitu 89 peratus daripada unjuran setahun penuh. – The Star

Google ads
Back to top button