Artikel Pilihan

FIRMA TEKNOLOGI SWITZERLAND HASILKAN TEKNOLOGI PENGECASAN, 0-80% DALAM MASA 72 SAAT

Sebuah firma berasaskan teknologi dari Switzerland iaitu Morand telah menghasilkan satu bateri berteknologi baru dengan keupayaan untuk dicaj dari 0-80% dalam masa 72 saat sahaja. Jika teknologi ini boleh dikomersialkan, ia akan memberi evolusi baru kepada teknologi kereta elektrik

Dikenali dengan nama Morand eTechnology, firma ini yakin bateri ciptaan mereka boleh bertahan sehingga 10,000 kali pengecasan sebelum State of Charge bateri mulai merosot. Teknologi baru ini akan diperkenalkan pada hypercar baru yang dimiliki oleh Benoit Morand

Hypercar Morand berupaya memecut dari 0-200km/jam dalam masa 6.3 saat dengan halaju tertinggi yang boleh dicapai ialah 400km/jam. Firma ini menggunakan teknologi ultracapacitor hybrid cell bagi membolehkan bateri mereka dicaj dengan pengecaj 7.2kWh dalam 120 saat bagi mencapai 98% caj.

Morand juga berkata bateri ciptaan mereka menggunakan logam lithium dan cobalt dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Malah komposisi bateri mereka terdiri daripada aluminium, graphene dan juga karbon. Buat masa ini Morand masih lagi mencari pelabur bagi mengkomersialkan bateri ciptaan mereka dan berusaha merendahkan kos pengeluaran.

Selain untuk kegunaan kereta elektrik, bateri ini juga boleh digunakan untuk dron, e-bikes, e-scooters, kegunaan robot dan juga pertahanan. Kajian dari pihak ketiga iaitu Geo Technology membuktikan bateri keluaran Morand lebih tahan lasak, mampu dicaj sehingga 50,000 kali tanpa sebarang masalah

Google ads
Back to top button