Buletin

KAPAL TERBAKAR BAWA KERETA KUMPULAN VW AKHIRNYA KARAM DI LAUTAN ATLANTIK

Selepas dua minggu terbakar, kapal kontena yang membawa hampir 400 unit kenderaan mewah daripada Kumpulan Volkswagen akhirnya karam di lautan Atlantik. 

Kapal Felicity Ace itu karam di kedudukan 407km dari Azores, Portugal pada jam 9.00 pagi waktu tempatan. Perkara itu disahkan oleh pihak penguruasan MOL Ship Management. 

Kumpulan alam sekitar bimbang kapal itu mungkin akan menyebabkan pencemaran dan mengganggu ekosistem unik di kepulauan Portugal di mana dasar lautnya dipenuhi dengan terumbu karam. Lautan itu menjadi habitat buat pelbagai jenis ikan seperti paus, jerung dan banyak lagi. 

Kapal sebesar itu boleh menyimpan lebih tiga juga liter bahan api. Itu belum lagi dicampur dengan wayar elektrik, cat dan plastik. Ia terbakar setelah berlepas dari Davisville, Rhode Island. Punca kebakaran bagaimanapun masih misteri. 

Seramai 22 krew kapal kemudian berjaya diselamatkan oleh kapal komersial dan helikopter. Pihak berkuasa Portugal dilapor cuba untuk memadamkan kapal berkenaan beberapa kali, sebelum berjaya dan menundanya ke kawasan lebih selamat. 

Malangnya, kapal itu menjadi tidak stabil dan karam ketika sedang ditunda. Sedikit kesan tumpahan minyak dikesan dan situasi semasa akan terus dipantau oleh Angkatan Tentera Laut Portugal.  

Google ads
Back to top button