Artikel Pilihan

KENAPA ADA BATANG BESI DI HUJUNG SAYA KAPAL TERBANG? TERSILAP KIMPAL?

Walaupun anda sudah lama tidak menaiki kapal terbang disebabkan pandemik COVID-19, tapi mungkin anda boleh menaiki semula kapa terbang untuk bercuti ke tempat kegemaran anda. Sekiranya ditakdirkan anda untuk duduk di tepi tingkap berhampiran dengan sayap kapal terbang, anda akan perasan ada beberapa struktur batang besi yang dipasang di hujung sayap

Mungkin ada 5, mungkin ada 10 dan mungkin juga batang besi ini tidak kelihatan pada pandangan mata anda. Batang besi ini dipanggil sebagai “static wicks” yang berperanan besar bagi memastikan keselamatan kapal terbang ketika terbang. Batang besi ini juga dipanggil poin nyahcas statik, bertindak menbuang caj statik yang terhasil ketika cesi kapal terbang bergeser dengan udara

Cas statik boleh terhasil bila kapal terbang melalui awan tebal, bergeser dengan kapal terbang, lama-kelamaan elektron akan terkumpul pada bahagian paling hujung sayap seperti flap dan aileron. Jika cas statik ini tidak disingkirkan, ia boleh mencetuskan percikan api yag amat berbahaya jika berlaku berdekatan dengan tangki bahan api

Cas statik ini juga boleh mengacau gelombang radio dan peralatan elektronik yang sensitif pada kapal terbang. Jika anda perhatikan pada batang besi atau poin discaj ini, ia sebenarnya dirivet pada permukaan kapal terbang pada bahagian hujung sekali. Ia sebenarnya dibuat dengan gentian yang disalut dengan grafit dengan ketebalan seperti sebatang straw, bukannya besi

Poin nyahcas ini biasanya direka dengan semakin meruncing dan tajam di bahagian hujung, dan bahagian hujung ini dibuat daripada karbon. Rekaan yang tajam ini akan menarik cas statik daripada cesi kapal terbang ke arah poin nyahcas dan seterusnya disingkirkan terus ke atmosfera

Poin nyahcas ini juga melindungi cesi kapal terbang jika ia dipanah kilat. Penumpang kapal terbang akan dilindungi daripada voltan tinggi yang dijana oleh kilat kerana sebaik sahaja kilat menyambar permukaan kapal terbang, ia akan mengalirkan terus cas elektrik ke poin nyahcas ini dengan pantas dan selamat

Tapi disebabkan voltan oleh kilat sangat tinggi, ia akan menyebabkan poin nyahcas ini terbakar dan juga hangus. Tapi ia tidak menjadi masalah kerana poin nyahcas ini sangat murah dan senang digantikan ketika kapal terbang mendarat. Poin nyahcas ini telah digunakan semenjak perang dunia kedua dan pada hari ini FAA telah mewajibkan pemasangannya pada semua kapal terbang.

Google ads
Back to top button