
KEGEMILANGAN SUKAN RALI KEMBALI SEMULA KE NEGERI MELAKA – MIRC 2024 RALLY OF ASAHAN
Tanggal 21 & 22 Disember 2024, minggu ini bakal bergegarlah kawasan Asahan dengan deruman 20 buah kereta rali.
Rally of Asahan telah terpilih untuk menjadi penutup bagi semua acara sukan bermotor di Malaysia pada tahun 2024 ini. Setelah hampir lebih enam tahun, negara ini tiada penganjuran rali yang penuh meriah dan kegemilangan, Rally of Asahan telah menjadi kesinambungan kejayaan penganjuran Rally of Pontian pada bulan November lalu. Kawasan Felda Asahan sekali lagi menjadi tempat mengubati rindu pelumba dan peminat sukan lumba rali tanahair.
Rally of Asahan akan bermula di Kompleks Japerun Asahan, Melaka. Kawasan servis kereta rali dan Pejabat Penganjur juga akan berada ditempat yang sama sepanjang dua hari penganjuran acara rali ini. Kesemua acara karnival jualan & pameran juga akan turut berlangsung pada hari yang sama.

Acara pada minggu ini adalah salah satu acara yang mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Negeri Melaka serta Majlis Sukan Negeri Melaka. Malah pelbagai agensi lain juga telah memberikan sokongan tenaga kerja dan sebagainya bagi memastikan Rally of Asahan bakal berlangsung dengan penuh gemilang
Rally of Asahan bakal dirasmikan serta “Flag Off” pada 21hb Disember 2024 oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan yang juga merangkap Exco Sains, Teknologi, Inovasi & Komunikasi Digital Negeri Melaka. “Saya berasa amat gembira kerana Asahan terpilih sebagai tempat untuk peminat rali di Malaysia mempertaruhkan kehebatan dan bersaing bagi merebut kejuaraan hebat sukan rali 2024 ini. Kami di Asahan sudah bersedia sepenuhnya untuk acara dinanti-nantikan ini. Malah saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan sokongan dari segi tenaga kerja dan wang ringgit bagi melakarkan sejarah kawasan Asahan, Melaka”, ujar ADUN Asahan yang lebih mesra dikenali dengan panggilan YB Along.
Seramai 19 penyertaan dalam Rally of Asahan menampilkan gabungan pelumba-pelumba berpengalaman seperti Karamjit Singh, Hj Sutan Mustaffa Salihin, Saladin Mazlan beserta muka-muka baru yang mula berjinak dalam sukan lumba rally seperti Hasrin Tahir, Zairi Zakaria dan Harjeet Singh.

Peringkat perlumbaan (Special Stage) akan berada di Felda Tun Ghaffar Bukit Senggeh dan Nyalas Estate, Kg Gubah. Tiga Peringkat Khas akan dilalui oleh kesemua peserta dengan pengulangan sebanyak 3 kali dengan jumlah jarak perlumbaan melebihi 91 KM. Antara peringkat khas (SS) tersebut adalah SS BS sejauh 13.64 KM, SS YB Along sejauh 10.46 KM dan SS Kg Gubah sejauh 6.47 KM.
Rata-rata peserta juga menyatakan kesyukuran dan kegembiraan apabila mendapati Rally of Asahan menjadi realiti setelah penantian untuk beraksi dan bersaing dalam rally terhenti lama sebelum ini
Ayuh kita datang beramai-ramai minggu ini ke Rally of Asahan. Di mana> Melaka lerrrr……!
BACA : PERLUMBAAN MIRC – RALLY OF PONTIAN HUJUNG MINGGU INI
BACA : EASTCOAST RALLYING BERSEDIA DENGAN JENTERA BAHARU UNTUK RALLY OF ASAHAN