" "
Buletin

VOLKSWAGEN SHUTTER STORIES: PELUANG EMAS UNTUK JURUFOTO LOKAL

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Fujifilm Malaysia bekerjasama melancarkan pertandingan fotografi unik, Volkswagen Shutter Stories, yang kini dibuka kepada warga dan penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan kreativiti dalam kalangan jurufoto tempatan sambil meraikan nilai-nilai utama Volkswagen.

Bermula sekarang hingga 5 Januari 2025, peserta diundang menghantar lima foto yang mewakili tema utama: VW Love, VW Adventure, VW Motion, VW People, dan VW Colours & Life.

Sekurang-kurangnya dua daripada lima foto ini perlu menampilkan model kereta Volkswagen.

Hadiah Utama pertandingan ini menawarkan peluang kerjaya luar biasa sebagai jurufoto retainer Volkswagen di Malaysia selama setahun.

Pemenang juga akan menerima kamera Fujifilm lengkap dengan lensa bernilai RM7,000, baucar Fujifilm bernilai RM3,000 (untuk pengguna Fujifilm), serta sesi bimbingan eksklusif bersama jurufoto automotif terkenal, Aaron Lee.

Pemenang tempat kedua dan ketiga tidak pulang tangan kosong. Mereka akan menerima kamera Fujifilm Instax Mini 99 berserta filem bernilai RM1,200 dan Fujifilm Instax Pal bernilai RM588, selain barangan eksklusif Volkswagen serta pengalaman pandu uji lanjutan.

Kategori Anugerah Pilihan Ramai turut disediakan, di mana pemenang ditentukan melalui undian di media sosial. Mereka akan membawa pulang pelbagai barangan Volkswagen sebagai penghargaan.

Semua finalis akan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil VPCM, Fujifilm, dan Aaron Lee.

Untuk makluman, pemenang akan diumumkan dalam satu acara khas pada tahun depan.

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, layari laman web rasmi https://www.volkswagen.com.my/brand-experience/shutter-stories

Google ads
Back to top button