Motosikal

KEKAL KOMITED DENGAN MOTOGP, SIC NAFI MAHU FORMULA 1 KEMBALI

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menegaskan bahawa MotoGP tetap menjadi fokus utama dalam penganjuran sukan antarabangsa tahunan dan menafikan perancangan untuk mengembalikan Formula 1 di Malaysia.

SIC dalam satu kenyataan memperjelaskan bahawa keterangan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif, Azhan Shafriman Hanif baru-baru ini adalah melibatkan pembaharuan kontrak penganjuran MotoGP dan bukannya mengembalikan sukan Formula 1.

Meskipun F1 kekal menjadi acara yang satu ketika signifikan dalam kalendar Malaysia namun SIC menegaskan bahawa keutamaan diberikan pada MotoGP.

Ketika ini, kontrak penganjuran MotoGP berjalan sehingga tahun 2026 dan SIC bersama pihak kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang giat berusaha bagi memastikan Malaysia kekal berada dalam kalendar pusingan kejuaraan dunia itu.

Google ads
Back to top button