Motosikal

KEMUNCULAN HONDA SUPRA 150 SEMAKIN HAMPIR

Menerusi penelitian Mekanika, sehari lalu pihak PT Astra Honda Motor (AHM) mula memperlihatkan sekali imbas motosikal barunya menerusi  video yang dimuat naik ke laman YouTube.

Pertengahan April lalu, pihak pengedar jenama Honda di Indonesia itu ada mengeluarkan video teaser kepada pesaing Yamaha MX-King 150 berkenaan.

Apakah kemungkinan, video yang berdurasi lapan saat itu mempunyai kaitan dengan model yang akan dinamakan sebagai Honda Supra GTR150?

Video tersebut memperlihatkan pecutan dan keupayaan model underbone itu menempuhi jalan raya dan off road.

Masih belum ada informasi terperinci didedahkan. Pada akhir video berkenaan hanya tertera Be Ready For Great Feelings! May 2016. Sepertinya, model itu bakal muncul tidak lama lagi!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button