
KENALI FIRMA YANG MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI PORSCHE
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Porsche merupakan satu jenama yang sangat gah di persada dunia. Siapa je yang tidak menginginkan untuk memiliki jentera Porsche.
Seperti yang kita tahu Porsche mempunyai barisan jentera pelbagai cariasi yang cukup mantap. Dari jentera sukan mampu lihat sehingga SUV dan Crossover mampu milik, semua Porsche buat.
Namun hari ini bukan kita hendak bercerita tentang Porsche, akan tetapi kita hendak bercerita tentang syarikat-syarikat bebas yang berhubung kait dengan Porsche di dalam kerja menaiktaraf jentera buatan Porsche.
Bukan ke jentera Porsche itu sendiri sudah bagus buatannya ?
Manusia tak pernah puas Tuan-Tuan. Percayalah jentera eksotik seperti Pagani dan Bugatti pun ada pilihan untuk dimodifikasi.
Kita selusuri satu persatu.
𝐑𝐔𝐅
Tak Porsche lah sekiranya tak kenal RUF. Syarikat ini sebenarnya sudah lama wujud seawal tahun 1939 lagi sebelum menjadi pembuat kenderaan bebas pada tahun 1980-an.
Syarikat yang berpangkalan di Pfaffenhausen(pandai korang lah sebut) ini dikenali dengan kepakaran mereka di dalam membina jentera Porsche berprestasi tinggi. Pihak Porsche membekalkan cesi kosong kepada pihak RUF untuk dibina dan ada sesetengah model dibina atas cesi milik pelanggan. Alah macam Nismo lah senang cerita.
Power tak power lah RUF ni, pada tahun 1984, model buatan mereka RUF BTR yang menggunakan cesi Porsche 930 menggondol anugerah jentera paling laju di dunia. Tahu berapa “Top Speed” jentera ini ?
300km/h Tuan-Tuan pda tahun 1984. Anda dimana pada tahun ini ?
RUF BTR merupakan model “Flagship” yang menaikkan nama RUF di persada dunia. Selepas dari itu, muncul lah model-model seperti :-
- RUF CTR Yellowbird(paling laju dalam dunia tahun 1987)
- RUF CTR2
- RUF RT12
- RUF RT35
- RUF RT600
- RUF Turbo Florio
- RUF RK Coupe
- RUF RGT
- RUF SCR
- RUF Ultimate
Kesemua jentera ini mempunyai kelajuan maksimum melebihi 300km/h dan harga yang ditawarkan adalah berjuta-juta ringgit. Hebat bukan ?

𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐋𝐀
Apa ni ? Pengembala kambing ke ?
Tidak Tuan-Tuan. Gemballa merupakan syarikat pengeluar dan talaan jentera yang berpangkalan di Leonberg, Jerman. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1981 oleh pengasasnya Uwe Gemballa.
Namun begitu, syarikat ini dibina semula dengan pemilik baru iaitu Steffen Korbach bersama pasukan pengurusannya pada tahun 2010. Hal ini kerana pengasasnya Uwe Gemballa menginggal dunia pada tahun tersebut.
Falsafah Gemballa ialah menyatukan seni dan juga kejuruteraan menjadi sebuah karya. Disebabkan itu lah kita lihat barisan model Gemballa mempunyai rekaan yang unik. Mereka tidak fokus kepada kuasa semata-mata. Fokus mereka tertumpu kepada kemasan seni jentera itu sendiri.
Antara model keluaran Gemballa adalah seperti berikut :-
- Gemballa Avalanche GTR 800 Evo-R
- Gemballa Avalanche 600 GTR
- Gemballa Mirage GT
- Gemballa GT Concept
- Gemballa Mistrale
- Gemballa Tornado
- Gemballa GT Cabrio
- Gemballa Cyrrus
Antara model yang “Rare” adalah Gemballa Mirage GT yang diasaskan dari model Carrera GT. Hanya 25 unit dibina dan 1 daripadanya terdapat di Malaysia. Malaysia Boleh !

𝐓𝐄𝐂𝐇𝐀𝐑𝐓
Syarikat Techart merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran di dalam menaiktaraf jentera Porsche. Syarikat yang berpangkalan di Leonberg, Jerman ini tidak terlalu fokus kepada membina jentera baru. Fokus mereka tertumpu kepada menaiktaraf model Porsche sedia ada.
Techart mempunyai kepakaran dalam menaiktaraf aerodinamik, pengendalian, enjin dan kemasan dalaman.
Walaupun begitu, syarikat ini turut mempunyai barisan modelnya tersendiri seperti :-
- TechArt Magnum
- TechArt 996 GTstreet Coupe
- TechArt 997 Carrera
- TechArt 997 Turbo
- TechArt GTsport
- TechArt GrandGT
Yang paling diingati semestinya TechArt Magnum yang diasaskan dari model Porsche Cayenne 955 Turbo. Modifikasi yang dilakukan TechArt pada jentera ini sangat radikal sehingga melibatkan hampir keseluruhan aspek jentera.

𝟗𝐅𝐅
Syarikat yang berpangkalan di Dortmund, Jerman ini merupakan syarikat yang fokus dalam mengubahsuai jentera Porsche menjadi jentera lumba yang sah dipandu di jalanraya.
Falsafah syarikat ini adalah membina jentera selaju yang boleh pada masa yang sama ia mestilah tahan lasak dan layak dipandu diatas jalanraya.
Mereka juga mementingkan sentuhan peribadi dimana jentera yang dibina mengambil inspirasi daripada apa yang pemilik mahukan dari segi kemasan mahupun pemilihan material.
Selain itu, syarikat ini sangat obses di dalam mencipta rekod dunia. Hasilnya, model 9FF GT9 mereka memecahkan rekod dengan mencapai kelajuan 409km/h menjadikan jentera “Street-Legal” paling laju di dunia pada tahun 2008. Tak main dah 300km/h, dia pergi 400 terus Tuan-Tuan.
Antara model keluaran 9FF adalah seperti berikut :-
- 9FF GT9
- 9FF GTurbo
- 9FF GTronic
- 9FF Speed9
Jentera-jentera ini juga masih terdapat dan di jual di pasaran. Sekiranya ada yang berminat boleh pergi ke laman web mereka.
Selain membina jentera, mereka juga mengeluarkan produk penambahbaikan aerodinamik, komponen enjin berprestasi tinggi dan juga talaan enjin khusus untuk Porsche. Nama syarikat ini semakin besar walaupun ia masih baru berbanding oesaing-pesaingnya.

𝐒𝐈𝐍𝐆𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐇𝐈𝐂𝐋𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐈𝐆𝐍
Syarikat ini berpangkalan di Los Angeles, California. Nama syarikat ini diambil sempena jurutera Porsche iaitu Norbert Singer. Pengasas syarikat ini ialah Rob Dickinson iaitu seorang penyanyi Rock dan juga sepupu kepada Bruce Dickinson vokalis Iron Maiden.
Macam tak kena betul. Porsche, Los Angeles, Vokalis. Tapi itu lah yang berlaku sekarang.
Syarikat ini fokus kepada membangunkan kembali model Porsche 911 melalui cesi Porsche 964. Pihak Singer menyatakan proses yang dilakukan bukanlah “Restore” namun ia digelar “Re-Imagined”.
Pihak Singer mempunyai kepakaran di dalam membina kembali struktur badan jentera dengan menggunakan material jenis “Carbon Fibre”. Untuk bahagian enjin, pihak Singer bekerjasama dengan pihak Williams, Ed Link Racing Engine dan juga Cosworth.
Proses “Re-Imagined” daripada pihak Singer merangkumi semua aspek dimana jentera yang dihasilkan menggunakan teknologi moden dan memaksimumkan potensi sistem yang sedia ada.
Senang kata, diluar lama di dalamnya baru. Diluarnya Porsche 964 tetapi liar seperti 992 GT3 apabila dipandu.
Pihak Singer sangat menghormati Porsche dimana di laman sesawang mereka menyatakan jentera yang di “Re-Imagine” oleh mereka hendaklah dikenali sebagai Porsche 911. Bukan Singer 911 atau apa-apa nama selain Porsche 911.
Harga ? Mahal namatey Tuan-Tuan.

𝐑𝐖𝐁
Rauh-Welt Begriff atau lebih dikenali dengan akronim RWB merupakan syarikat yang dikenali dengan hasil kerja mengubahsuai jentera klasik Porsche seperti Porsche 930.
Yang menariknya, syarikat ini berpangkalan di Jepun dan diasaskan oleh orang Jepun jati bernama Akira Nakai.
Walaupun jauh dari Jerman, Akira Nakai sudah mempunyai pengalaman di dalam memodifikasi jentera Porsche seawal era 90-an lagi. Dari era itu juga lah bermulanya hubungan baik beliau dengan pihak Porsche.
Modifikasi pihak RWB merangkumi kit badan yang radikal dan lebar, sistem gantungan yang rendah dan juga rim yang lebar. Kombinasi ini menjadikan jentera sepertimana model-model RWB yang kita lihat.
Modifikasi pihak RWB ini menjadi pencetus kepada wujudnya dua pihak. Yang suka dan yang tak suka. Hal ini kerana modifikasi yang dilakukan pihak RWB memerlukan panel badan asal dipotong tanpa belas kasihan. Hal ini yang mennyebabkan “Porsche Enthusiasts” menjadi panas.
Namun begitu, perkara ini sangat subjektif. Ada yang suka dan ada yang tidak. Terpulang kepada penerimaan masing-masing.
Jadi Tuan-Tuan, ini lah 5 firma yang popular di dalam membina dan mengubahsuai jentera Porsche dan mempunyai hubungan yang baik dengan Porsche.
Anda suka yang mana ?

