Artikel Pilihan

REMAJA MENYAMAR POLIS TERSILAP TAHAN POLIS SEBENAR – CARI PASAL KAU DIK

Pihak berkuasa Michigan telah menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun kerana menyamar sebagai pegawai polis dan cuba menahan sebuah kereta. Rupanya pemandu yang cuba ditahan beliau merupakan seorang pegawai polis Waterworld Township yang sedang bercuti.

Pejabat sheriff Oakland County menyatakan kejadian berlaku Isnin lepas di Rochester Hills bila seorang pegawai polis wanita yang sedang bercuti ditahan oleh seorang remaja lelaki yang memandu sebuah BMW perak yang mempunyai lampu amaran biru merah. Sewaktu ditahan pegawai polis wanita terbabit memperkenalkan diri dan meminta bukti pengenalan ‘polis’ yang menahannya.

Remaja terbabit yang kemudian dikenalpasti sebagai Christian Katan Mansoor berkata yang beliau seorang pegawai polis Detroit dari 12th Precinct (dia berangan nak jadi Robocop kot). Berpura-pura kembali ke keretanya konon untuk mengambil kad ID, Si Mansoor ni terus memecut melarikan diri.

Pegawai wanita tersebut mengekori Mansoor ke sebuah trailer park di Shelby Township tapi kehilangan jejak. Polis tempatan dimaklumkan tentang insiden tersebut dan segera menyerbu trailer park tadi dan berjaya menemui seorang remaja lelaki yang sedang menukar nombor pendaftaran kenderaan sebuah kereta BMW. Mansoor cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap. Jangan tiru macam Mansoor.

Sherif Michael J. Bouchard menyatakan yang individu yang menyamar sebagai pegawai polis merupakan ancaman kepada masyarakat dan boleh ditahan atas tuduhan jenayah. Ye la, dah tentu tujuannya tak elok. Nak jadi polis mohon la ikut saluran yang sebenar. Mungkin budak Mansoor ni kuat sangat main games kot.

Mansoor bagaimanapun dikenakan tuduhan yang ringan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan bon peribadi USD5,000 (RM22,052.50) kau. Ni lah orang panggil tak ada kerja cari kerja.

Google ads
Back to top button