Artikel PilihanBuletin

KERJASAMA TOYOTA-SUZUKI: PERKONGSIAN TEKNOLOGI MASA HADAPAN

Beberapa hari lepas, Toyota dan Suzuki telah menandatangai persefahaman untuk mengadakan kerjasama bersama untuk membangunkan teknologi masa hadapan. Hanya beberapa hari selepas Toyota dan Daihatsu mengumumkan untuk menubuhkan syarikat dalaman pada 2017.

Toyota, walaupun memiliki keupayaan terbesar untuk menghasilkan kereta produksi massa sedar tentang kepakaran yang dimiliki Suzuki dalam memanfaatkan pasaran kereta-kereta kompak.

Suzuki-Swift-RR2-limited-edition-mekanika (3)

Jalinan kerjasama ini penting demi menjadikan produk masa hadapan mereka berdaya saing. Industri melihat bahawa kerjasama ini akan berakhiri dengan dominasi Toyota namun Pengerusi Suzuki jelas memberitahu bahawa syarikatnya akan terus bergerak secara sendiri. Itu sudah sangat jelas, saham mereka tak akan dijual dijual kepada Toyota sama sekali.

Idea mengenai kerjasama ini dicetuskan oleh Suzuki pada September lepas dengan perbincangan bersama mantan presiden Toyota, Shoichiro Toyoda, ayah kepada CEO sekarang, Akio Toyoda. Suzuki kemudiannya mengemukakan idea ini kepada Akio Toyoda pada minggu lepas dan ia mendapat reaksi positif.

Akio Toyoda mengakui bahawa mereka perlu bertindakbalas terhadap pasaran kereta hijau-kompak dan keperluan semasa. Beliau mengakui kejayaan Suzuki di benua India dan subsidiarinya, Daihatsu pula berpegaruh di benua Asia. Gabungan keedua-dua kepakaran ini perlu untuk memastikan mereka terus berdaya saing di peringkat global.

Prius (4)

Dalam sidang media yang diadakan di Tokyo, kedua-dua CEO syarikat ini masih mendakwa terlalu awal untuk melihat apa yang bakal diusahakan. Kedua-dua pasukan masing-masing akan duduk berbincang dan merangka pelan kerjasama dengan lebih teliti. Kerjasama mereka baru bermula dan masih di peringkat awal

Kerjasama ini secara asasnya memfokuskan pada enjin-enjin baru yang mesra alam, teknologi keselamatan masa hadapan dan sistem sekunder seperti pemanduan automatik.

Kalau melihat kerjasama ini secara menyeluruh, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi industri kereta di Jepun. Awal Mei lalu, Nissan membeli 34 peratus saham Mitsubishi. Mazda juga bakal mengadakan kerjasama produk dengan Isuzu setelah berpisah dari Ford.

Trak Mazda (BT-50) akan datang bakal berkkongsi jenama dengan Isuzu D-Max. Mitsubishi turut berkongsi kereta K-Car dengan Subaru. Jelas, ia bukanlah sesuatu yang asing bagi industri automotif Jepun.

 

 

 

 

Google ads
Back to top button