Artikel Pilihan

KESATUAN EROPAH AKAN GAZETKAN PERATURAN BARU UNTUK EV, BATERI WAJIB KITAR SEMULA

Negara-negara kesatuan Eropah sedang erangka satu lagi undang-undang yang bertujuan untuk meningkatkan jangka hayat bateri kereta elektrik termasuk rancangan mengitar semula bateri yang telah rosak. Peraturan ini adalah selaras dengan peraturan yang menghalang penjualan kereta dengan enjin pembakaran dalam menjelang tahun 2035

The European Council and European Parliament telah mencapai kata sepakat berkenaan dengan peraturan yang mewajibkan bateri kereta elektrik dikitar semula bila sampai jangka hayat dan boleh digunakan semula selepa itu. Peraturan ini tidak termaktub kepada EV semata-mata malah pada semua jenis bateri.

Peraturan ini menetapkan bahawa pengeluar bateri wajib mengumpul semula bateri yang rosak dari pengguna pada kadar sehingga 51% daripada apa yang dihasilkan oleh pengeluar tersebut menjelang tahun 2028 dan meningkat kepada 61% menjelang tahun 2031. Apa yang lebih bagus peraturan ini mewajibkan bateri EV boleh diganti semula jika perlu, bagi memanjangkan jangka hayat kereta elektrik

Bagi menjaga alam sekitar, Kesatuan Eropah bakal mewajibkan 50% logam lithium dikitar semula menjelang tahun 2027 dan angka ini akan meningkat kepada 80% pada tahun 2031. Pengluar bateri wajib menggunakan logam kitar semula dalam bateri yang merangkumi 16% kobalt, 85% plumbum, 6% lithium dan 6% nikel.

Menurut Menteri Alam sekitar Chezlovakia, Marian Jurečka peraturan baru ini akan menggalakkan pihak industri di Eropah menjadi lebih kompetitif, menghasilkan bateri yang lebih murah dan bahan kimia yang berbahaya tidak dilepaskan kepada alam sekitar

Kami merasakan ia satu perkembangan yang menarik dalam isu penggunaan bateri dan perlombongan logam seperti ion lithium yang berkait dengan isu moral serta pencemaran alam sekitar. Jika diluluskan, ia merupakan peraturan yang mewajibkan pengeluar kenderaan menggantikan bateri baru pada kenderaan EV mereka dalam usaha memanjangkan jangka hayat kereta elektrik

Google ads
Back to top button