
CHINA EKSPORT 3.11 JUTA KENDERAAN PADA TAHUN 2022, TEMPAT KEDUA DI PERINGKAT GLOBAL
Persatuan Pengilang Automobil China baru-baru ini melaporkan bahawa China telah mengeksport lebih 54 peratus kenderaan pada tahun lepas. Angka tersebut melonjakkan China untuk berada di tempat kedua di peringkat global.
China mengeksport 3.11 juta kenderaan ke luar negara, jauh meninggalkan Jerman yang hanya menjual 2.61 juta kenderaan di pasaran antarabangsa pada tahun 2021, meningkat 10 peratus berbanding 2021.
Jepun masih lagi mengekalkan kedudukan teratas dengan perbezaan tipis apabila mencatatkan jumlah eksport sebanyak 3.2 juta dalam tempoh 11 bulan pertama 2022. Dengan jumlah tersebut, penganalisis yakin China mampu memintas Jepun sebagai pengeksport terbesar dunia dalam beberapa tahun mendatang.

Citic Securities meramalkan China mungkin mengeksport sebanyak 5.5 juta kenderaan menjelang 2030, dengan 2.5 juta daripadanya adalah elektrik, terutamanya fokus China kini terarah kepada pasaran Asia Selatan serta di negara membangun.
China juga menerajui jualan kenderaan elektrik dengan BYD menjadi pengeluar kenderaan elektrik terbesar pada suku kedua 2022, mengatasi Tesla. Ia kini dijual di Norway, Singapura, Brazil dan India.
Pengeluar China telah mengambil bahagian mengawal pasaran domestik, di mana mereka menjadi hab kepada kira-kira 200 pembuat EV. Menurut laporan, EV tempatan menguasai hampir 85 peratus pasaran pada 2022.
- BACA: INDUSTRI AUTOMOTIF THAILAND JADI TUMPUAN JENAMA CHINA, BERSAING SENGIT KETEPIKAN TOYOTA
- BACA: HONDA CUB E:, DAX E: DAN ZOOMER E: DIPERKENAL DI CHINA, GUNA BATERI!
- BACA: YANGWANG U9 – SEBUAH SUPERCAR ELEKTRIK DARI CHINA, 0-100 KM/J 2.0 SAAT
- BACA: BYD YANGWANG LANCAR MODEL U8 DI CHINA – 4 MOTOR ELEKTRIK, BOLEH TERAPUNG, BERMULA RM638K