Artikel Pilihan

KETUA JURUTERA TOYOTA DEDAHKAN PERBEZAAN BRZ DENGAN GR 86

Subaru BRZ 2022 dan kembarnya Toyota GR 86 merupakan “open secret” dimana semua oang tahu kedua-dua kereta adalah hampir sama antara satu sama lain. Aspek mekanikal seperti enjin, transmisi, cesi dan rekaan asas kedua dua kereta hampir sama.

Bagi model GR 86, antara komponen yang dibekalkan oleh Toyota ialah sistem suntikan berkembar D-4S yang dipasang pada enjin Subaru FA24D. Malah kalau tak salah kami, kedua-dua kereta dipasang di kilang yang sama di kilang Subaru Gunma Plant. Sebagai timbal balas, Subaru dibekalkan dengan teknologi Hybrid Synergy Drive milik Toyota bagi kegunaan kereta lain.

Bagi model Subaru BRZ dan Toyota GT 86 generasi pertama, Akio Toyoda dikatakan kurang berpuas hati dengan talaan, respon dinamik pengendalian serta feedback dari GT 86 kerana rasa pemanduannya hampir sama dengan Subaru BRZ.

Jadi bagi menghasilkan kereta yang memberikan tindakbalas berbeza, beberapa perubahan kecil telah ditala oleh pasukan jurutera Toyota. Menurut Ketua Jurutera pembangunan GR 86, Yasunori Suezawa pada mulanya Toyota cuba membezakan pengendalian GR 86 dengan BRZ dengan memberikan talaan berbeza pada penyerap hentak dan talaan sistem stering kuasa elektrik

Namun usaha ini diteruskan dengan menghasilkan knuckle depan dengan rekaan berbeza, spring dengan nilai kekerasan berbeza, rekaan bar penstabil yang tersendiri, pelapik getah talaan GR serta talaan perisisan ECU bagi enjin GR 86 adalah berbeza dengan BRZ

Suezawa merumuskan apa yang Toyota lakukan pada model GR ialah memberikan fokus pada respon enjin bila pedal minyak ditekan sementara BRZ pula fokus pada keselesaan. BRZ dan GR 86 memiliki dinamik pengendalian yang menyeronokkan tapi berbeza dari segi rasa pecutan dan juga kuasa yang dihantar.

Tak cukup dengan itu, Toyota Gazoo Racing turut menghasilkan beberapa aksesori khas bagi memberikan perbezaan ketara dengan model Subaru BRZ. Aksesori ini merangkumi rim 17 inci, rim 18 inci dengan kemasan cat hitam, kemasan plastik hitam bagi rongga sisi aliran udara serta pelekat khas di bahagian sisi kereta

Bagi tujuan peningkatan prestasi, GR juga menawarkan kit tombol gear yang lebih pendek, pelapik brek depan GR, penapis udara khas GR serta rongga kemasukan udara khas GR. Pemilik juga boleh menambah kit bolt on strut tie brace, bar penstabil prestasi tinggi dan juga sistem ekzos berkembar khas GR

Google ads
Back to top button