Buletin

CUBAAN REMBAT HONDA CIVIC PETARUNG UFC GAGAL. DAPAT PENUMBUK DAN LUTUT

Seorang lelaki yang cuba merembat sebuah kenderaan milik petarung Ultimate Fighting Championship (UFC), Jordan Williams gagal apabila mendapat habuan penumbuk dan lutut.

Dalam kejadian di sebuah stesen petrol ataupun kedai serbaneka berdekatan Denver, Amerika Syarikat (AS) itu, petarung welterweight tersebut memberhentikan kenderaan untuk membeli minuman.

Bagaimanapun, ketika berada di dalam kedai, seorang lelaki bertindak mendekatii dan melarikan kenderaan dalam keadaan enjin masih hidup terbabit.

Williams bertindak membuka pintu kenderaan sebelum membaling barang yang dibeli dan menumbuk pencuri berkenaan.

“Saya membuka pintu dan menumbuk lelaki itu. Selepas tumbukan pertama, dia meminta maaf beberapa kali.

“Ketika hendak keluar dari kenderaan, dia sempat merasa lutut saya beberapa kali,” katanya kepada ESPN.

Kes kecurian di AS berlaku setiap 40 saat dan tindakan paling bijak adalah sentiasa mematikan enjin serta kunci pintu kenderaan.

Selain itu, petarung UFC bukanlan sasaran yang baik untuk mencuri kenderaan mereka. –carscooops.

Google ads
Back to top button