
JALAN-JALAN CARI BENGKEL KAT JB. REV TUNED GARAGE, TERER NAMATI!!!
Perniagaan bengkel baik pulih kenderaan semakin berkembang dari semasa ke semasa. Namun, disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, ia nyata memberikan impak yang mendalam terhadap perniagaan ini.
Justeru, bermacam-macam cara digunakan oleh pihak bengkel untuk terus hidup. Antaranya memperkenalkan pelbagai promosi dengan harga yang jauh lebih murah daripada biasa.
Kepada pemilik jentera yang menetap di sekitar Johor Bahru, ada berita baik untuk anda. Terdapat satu bengkel yang POWER dalam mengendalikan jentera. Apa yang mereka POWER ?
Pertama sekali adalah kekuatan pada tenaga kerja mereka. Bengkel ini dikendalikan oleh mekanik mahir bernama Asri dan dibantu oleh Yazid sebagai penasihat teknikal serta pengurus pemasaran.

Asri merupakan mekanik mahir dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3. Dia mempunyai lebih 10 tahun pengalaman di dalam mengendalikan jentera-jentera seperti berikut:
- Proton
- Perodua
- Toyota
- Honda
- Mazda
- Mitsubishi
- Nissan
- Hyundai
- Kia
- Peugeot
- Citroen
- Chevrolet
Pengalamannya menjadikan urusan membaik pulih nampak mudah. Bukan setakat itu sahaja, dia juga mahir dalam kerja-kerja diagnostik serta pendawaian kenderaan. Senang cakap, kalau ada wiring problem, jumpa je dia. Dia doktornya.

Yazid pula sebelum ini merupakan Penasihat Teknikal yang bekerja di Singapura. Dia berpengalaman dalam mengendalikan jentera-jentera seperti berikut:
- Mercedes Benz
- Land Rover
- BMW
- MINI
- Audi
- Volkswagen
- Volvo
- Porsche
- Nissan GTR
- Ferrari
- Lamborghini

Kereta besar tuan-tuan. Hasil dari pemerhatian kami dan maklum balas daripada pelanggan, hasil kerja mereka sangat memuaskan. Bukan itu sahaja, harga yang diberikan juga sangat berpatutan. Kalau anda pakai kereta mahal tapi nak maintenance murah, jumpa mereka berdua.
Penjelasan mereka tentang sesuatu masalah jentera juga sangat jitu dan mudah difahami oleh rakyat marhaen. Orang yang tak tahu pasal kereta pun boleh faham. Ada bengkel yang boleh buat, tapi tak reti explain. Mereka terer dalam kedua-duanya. TERER NAMATI! PADU!
Habis bab manpower, kita pergi bab lain.
Kapasiti bengkel ini kecil sahaja. Premis mereka merupakan sebuah shoplot dan mempunyai 2 hoist. Namun kapasiti bukanlah satu masalah, yang penting hasil kerja yang bagus, bersih dan harga yang berpatutan.

Di dalam premis mereka sediakan ruang menunggu yang selesa dan surau. Susun atur bengkel yang teratur membuatkan bengkel ini nampak luas dan selamat. Anda tidak akan nampak alat ganti kenderaan atau alatan tangan bersepah di lantai waima minyak sekalipun. Sangat bersih tuan-tuan.
Untuk memudahkan urusan pembayaran, bengkel ini menerima jenis pembayaran secara tunai dan bank transfer. Bengkel juga dilengkapi Merchant Terminal yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran dengan kad kredit dan debit.
Dah cerita panjang, apa nama bengkel ni ?
- Nama bengkel ini ialah REV TUNED GARAGE
- Alamat: No.3, Jalan Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor
- Link WAZE : https://waze.com/ul/hw23bb9zv3
- Waktu Operasi: 9.00am-7.00pm
- Cuti: Jumaat dan Cuti Umum
- No Telefon : 012-7879593 (Yazid), 012-7243657 (Asri)
- Whatsapp : http://www.wasap.my/60127879593 , http://www.wasap.my/60127243657
Kami difahamkan mereka menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan. Kalau malas nak keluar, hubungi sahaja. Mereka ambil jentera, baiki dan hantar balik ke rumah anda.
Apa tunggu lagi orang Johor Bahru? Bengkel POWER dah ada di kejiranan anda. Boleh hubungi mereka untuk sebarang pertanyaan. No telefon dah bagi, alamat pun dah bagi. TAKKAN TU PUN ABG JAPAR NAK AJAR?!
GALERI