Buletin

KILANG ENJIN DIESEL TERBESAR DI TREMERY KINI BUAT MOTOR ELEKTRIK. RIBUAN PEKERJA MUNGKIN TERJEJAS

Kilang membuat enjin terbesar di Tremery, timur Perancis kini dalam proses perubahan radikal iatu bertukar menjadi kilang penghasilan motor elektrik.

Bermula dengan kurang 10 peratus pengeluaran pada tahun 2020, produksi motor elektrik di Tremery akan berganda menjadi 180,000 unit pada tahun ini dan dijadual mampu mencapai 900,000 setahun menjelang 2025.

Perubahan itu jelas menunjukkan hala tuju baharu industri kenderaan. Permintaan terhadap kenderaan berenjin diesel terus merudum sejak tahun 2015 berikutan skandal pencemaran.

Garis panduan yang semakin ketat oleh Kesatuan Eropah juga memaksa pengeluar beralih kepada penghasilan kereta elektrik (EV).

Biarpun impak pandemik dan tahap permintaan pengguna terhadap EV masih belum dapat dipastikan, banyak pengeluar seperti Volkswagen dan Nissan tidak lagi mengeluarkan model diesel. Sebaliknya meningkatkan output kenderaan elektrifikasi.  

“2021 ialah tahun yang penting kerana ia akan menjadi titik perubahan sebenar ke arah dunia model-model elektrik,” kata wakil kesatuan CFTC di Tremery, Uzan.

Namun, buat 3,000 pekerja di kilag tersebut dan industri automotif, perubahan itu bakal memberi kesan signifikan. Ini kerana motor elektrik hanya mempunyai satu perlima daripoada enjin diesel tradisional. Ini menimbulkan tanda tanya tentang peluang pekerjaan yang mampu ditawarkannya.

Uzan sedar tentang risiko tidak rmaai pekerja diperlukan. Namun dia opstimis bahawa situasi itu akan berlaku secara semula jadi kerana para pekerja akan bersara dan tidak perlu diganti.

Kilang Tremery yang dimiliki oleh gabungan automotif terkini, Stellantis akan membantu perubahan industri dan berjanji tidak bercadang untuk menutup kilang, serta mencari jalan supaya tiada pekerja diberhentikan.

Namun, penganalisa industri memberi amaran kepada pengeluar kenderaan Eropah yang kini sudah pun berdepan masalah kapasiti berlebihan. Dalam erti kata lain, mereka perlu membuat penjimatan yang banyak demi mengejar perintis kereta elektrik Tesla.

Kumpulan pelobi Perancis, PFA menganggarkan 15,000 pekerja berdepan risiko hilang mata pencarian. Di Perancis, terdapat 400,000 pekerja dalam industri automotif.

Google ads
Back to top button