Artikel Pilihan

ISUZU IALAH PENGELUAR ENJIN DIESEL NO 1 DI DUNIA

Isuzu Motors Limited telah menumpukan perhatian selama hampir 80 tahun dalam penghasilan enjin disel. Malah Isuzu juga banyak memperkenalkan pelbagai inovasi dalam teknologi enjin disel. Mereka merupakan perintis dalam bidang ini.

• Pengeluar bertaraf dunia
Isuzu memang mempunyai reputasi baik dalam bidang enjin disel dan telah menghasilkan hampir 23 juta unit enjin disel sejak enjin disel sejukan udara pertama dikeluarkan di Jepun sekitar tahun 1936. Ia wajar dihormati kerana mampu bertahan selama itu dengan karenah pelanggan serta kehendak pasaran yang berbagai-bagai tetapi mereka kekal utuh.

Dalam dunia teknologi tinggi, Isuzu terus mengorak langkah dalam menghasilkan enjin yang berkuasa tetapi pada masa yang sama menjimatkan serta lebh mesra alam sekitar. Hasilnya lahirlah produk mereka yang mengatasi saingan dengan pengenalan enjin disel suntikan terus dan pengecas turbo lengkap dengan intercooler selain penggunaan sistem pancitan common-rail tekanan tinggi yang dikawal secara elektronik.

Jika tidak kerana ketahanan enjin mereka masakan enjin disel Isuzu dipilih untuk digunakan pasukan Jepun sewaktu mereka melakukan ekspedisi ke Antartika. Begitu juga dengan jualan model enjin kegunaan industri dan automotif yang semakin hari semakin meningkat.

Baru-baru ini enjin disel telah menjadi perhatian di seluruh dunia kerana dikatakan lebih tahan lasak dan boleh diharap. Malah di bahagian Eropah enjin disel memang sudah menjadi semakin popular dan lebih berkuasa selain mesra alam sekitar. Ia juga semakin popular di Amerika Syarikat di mana sebelum ini mereka lebih gemar menggunakan kereta-kereta dengan enjin petrol. Isuzu mempunyai rangkaian pengedaran enjin disel global yang merentasi benua seperti Eropah, Amerika Utara, Jepun dan sebahagian besar negara-negara Asia. Selian dari Isuzu, tiada lagi syarikat lain yang mempunyai rangkaian pengedaran dan alat ganti sepertinya.

• Sejarah Lagenda
Isuzu menyambut ulangtahun pembuatan enjin diselnya ke 78 tahun pada tahun 2012. Ini bermakna sudah lebih 80 tahun mereka menghasilkan enjin-enjin disel malah Isuzu sendiri terlibat secara langsung dalam pembangunan teknologi disel di Jepun.

 

Asal-usul enjin disel Jepun
Selepas jurutera Jerman, Rudolf Diesel berjaya mencipta enjin disel pertama di dunia pada tahun 1893, hampir sedekad selepas itu baharulah enjin disel Jepun yang pertama berjaya dihasilkan. Enjin disel pertama ciptaan Jepun pada tahun 1907 ialah untuk kegunaan ketenteraan dan tidak praktikal untuk kegunaan umum. Ia lebih ke arah proses penyelidikan.

Bagaimanapun banyak syarikat-syarikat swasta yang terus melakukan penyelidikan ke atas enjin disel selepas itu kegunaan industri pelbagai. Syarikat Automobile Industries Co. Ltd, yang kemudian menjadi asas kepada penubuhan Isuzu telah menubuhkan jawatankuasa khusus untuk penyelidikan enjin disel dan hasilnya dua tahun selepas itu, mereka berjaya menghasilkan enjin disel pertama Jepun dengan sejukan udara.

Syarikat tersebut kemudiannya bergabung dengan Tokyo Automobile Industries dan kemudiannya dikenali dengan nama Isuzu Motors Limited pada tahun 1949. Mereka juga merupakan satu-satunya syarikat yang dibenarkan menghasilkan kenderaan dengan enjin disel pada masa itu.

• Model-model enjin
1. 8GF1 Diesel
Enjin OHC 32-injap ini dihasilkan oleh DMAX Ltd di Amerika Syarikat dan dinamakan Duramax 6600 Diesel. Ia bnayak digunakan oleh trak-trak pikap keluaran GM dan van komersil. Ia dianggap sebagai antara enjin disel terbaik di AS dengan berat hanya 380 kilogram. Antara model trak yang menggunakan enjin ini ialah Chevrolet Silverado, GMC Sierra dan banyak lagi.

 

2. 4JJ1-TCS Diesel
Ini merupakan enjin yang dibangunkan khusus untuk kegunaan trak ringan isuzu paling popular, Isuzu Elf. Ia dihasilkan dengan teknologi terkini bagi memastikan penjimatan bahan api dan mematuhi piawaian keluaran gas ekzos yang ketat. Untuk itu ia mempunyai sesaran yang agak kecil tetapi cukup berkuasa dengan bantuan super-turbocharging.

3. 6UZ1-TCS Diesel
Enjin bersaiz besar ini adalah untuk kegunaan trak-trak bersaiz giga dan juga menggunakan teknologi super-turbocharging. Ia mematuhi piawaian keluaran bahan bakar untuk jangka masa panjang di Jepun selain cukup ringan dan kompak jika dibandingkan dengan enjin sekelas dengannya.

• Pembekal utama industri disel
Banyak syarikat dari seluruh dunia memilih Isuzu sebagai rakan perniagaan mereka dalam perniagaan. Kebanyakannya menghargai enjin disel keluaran Isuzu yang berkuasa dan tahan lasak. Dalam industri marin juga enjin Isuzu cukup digemari kerana ia tahan cukup lama. Mereka juga maklum dengan usaha berterusan Isuzu dalam menaik taraf enjin-enjin disel keluaran mereka.

Pendahulu dalam pasaran Jepun
Isuzu sendiri menguasai pasaran enjin disel di Jepun. Mereka membekalkan enjin disel kepada lebih 120 syarikat termasuklah firma gergasi seperti Hitachi. Selain daripada itu mereka juga menguasai 50 peratus pasaran jentera seperti forklift dan jengkaut.

Asas yang kukuh di seberang laut
Isuzu juga cukup berjaya di luar negara. American Isuzu Motors mempunyai 27 pengedar di seluruh AS dan 670 pusat servis di seluruh negara itu sahaja. Di Eropah pula, Isuzu juga turut cemerlang dalam pasaran di 13 negara. Malah mereka turut dipilih untuk membekalkan enjin-enjin disel untuk kegunaan pusat penyelidikan Antartika milik Jepun yang sudah beroperasi sejak dari tahun 1955.

 

Google ads
Back to top button