Buletin

TOYOTA PERKENAL MPV MEWAH GRANACE 2020 JDM. ENJIN 2.8 TURBO DIESEL,TOYOTA ACTIVE SENSE

Selepas melancarkan Granvia dan Lexus LM, Toyota mendedahkan pula satu lagi MPV yang dikenali sebagai GranAce. 

Minivan itu disasarkan untuk pasaran Jepun dan bakal diperkenalkan kepada umum pada acara Tokyo Motor Show 2019.

Nama GranAce itu diambil daripada bahasa Sepanyol ‘Gran’ yang bermaksud besar atau hebat dan perkataan Inggeris ‘Ace’. 

GranAce dikuasakan oleh enjin diesel 1GD bersesaran 2.8 liter yang dipadankan bersama kotak gear automatik 6-kelajuan. Spesifikasi terperinci masih belum didedahkan. Tetapi enjin akan ditala dengan tiga output kuasa iaitu 156PS, 163PS dan 177PS. 

Jentera itu juga dipasang dengan sistem keselamatan terkini Toyota Active Sense.   

Dari segi dimensi, GranAce ialah sepanjang 5,300mm, lebar 1,970mm dan setinggi 1,990mm. Ia 35mm lebih panjang dan 20mm lebar berbanding HiAce yang menjadi asas binaannya.

GranAce tampil dengan penampilan tersendiri menerusi lampu nyalaan siang (DRL) LED, gril besar, bampar baharu dan banyak lagi. 

Di ruang kabin, Toyota mengekalkan susun atur yang sama tetapi menggunakan material premium. Jadi, MPV itu menerima tampat duduk dibalut kulit, kemasan kayu dan aluminium, skrin infohibur lebih nesar dan kawalan pendingin hawa berbeza. 

MPV tersebut akan hadir dalam dua versi iaitu enam tempat duduk atau lapan kerusi. Ia menjanjikan suasana kabin yang senyap dan menyenangkan dengan iluminasi lampu LED dalaman. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button