
KENAPA ENJIN DIESEL HASILKAN TORK TINGGI
Penggunaan diesel di Malaysia masih kurang meluas sebenarnya. Semasa penulis memandu uji Mazda 6 dulu, berpeluh juga mencari diesel Euro 5 di kawasan luar bandar.
Tapi jika dibandingkan dengan enjin petrol, anda akan perasan yang enjin diesel ini menghasilkan lebih tork berbanding dengan enjin petrol
Sebagai contoh, kita bandingkan model-model kereta di bawah yang dihasilkan dalam 2 versi iaitu petrol dan diesel. Perhatikan walaupun enjin petrol memiliki sesaran yang lebih besar, namun masih tidak dapat menandingi tork yang dihasilkan oleh enjin diesel.

Kami akan huraikan beberapa faktor yang menyumbang kepada nilai tork yang tinggi pada enjin diesel.
1. Nisbah mampatan – enjin diesel biasa direka dengan nilai mampatan yang tinggi. Sebagai contoh nilai nisbah mampatan Kia Sportage GT ialah 16:1, Fortuner 15.6:1 dan paling rendah ialah Mazda 14:1.
Berbeza dengan enjin petrol yang bergantung pada palam pencucuh untuk memulakan pembakaran, enjin diesel bergantung sepenuhnya pada suhu untuk memulakan pembakaran.
Suhu yang tinggi diperoleh apabila tekanan yang tinggi dalam kebuk pembakaran dihasilkan. Tekanan yang tinggi ini dihasilkan melalui nisbah mampatan yang tinggi.
Bonusnya ialah semakin tinggi nisbah mampatan, semakin tinggi kecekapan termodinamik enjin, semakin efisyen dan menghasilkan tork yang lebih tinggi.

2. Halaju pembakaran – istilah yang biasa digunakan flame propagation. Dalam enjin petrol, pembakaran dimulakan oleh palam pencucuh pada satu titik dan merebak ke bahagian lain melalui bebola api (fireball). Namun semasa bebola api merebak, piston sudahpun bergerak ke bawah menghasikan tekanan yang kurang pada permukaan piston.
Enjin diesel pula memulakan pembakaran apabila molekul diesel disuntik dalam tekanan tinggi. Molekul ini akan bertindak balas dengan udara panas tekanan tinggi lalu meletup. Bukan satu titik seperti yang dimulakan oleh palam pencucuh, tapi beribu ribu molekul terbakar secara serentak.
Pembakaran ini berlaku dengan sangat pantas ketika piston masih berada di Top Dead Center. Jadi tekanan yang dihasilkan adalah jauh lebih kuat.

3. Turbo – enjin diesel biasanya akan dipasang dengan turbo untuk menggandakan tork yang dihasilkan oleh enjin. Bagi menangani tekanan yang tinggi, blok enjin dibuat dari besi tuang yang lebih tebal dan komponen tahan lasak. Tetapi, pada masa yang sama akan menjadi lebih berat. Disebabkan berat, maka dinamik pengendalian enjin diesel akan menjadi sedikit tumpul.
Ya, kita harus mengakui enjin petrol pun ada dipasang dengan turbo. Sebagai contoh kita bandingkan enjin SkyActiv-G 2.5 Turbo dengan enjin SkyActiv-D 2.2 Turbo.
Kedua-dua enjin menghasilkan 420Nm tork pada 2,000rpm. Namun enjin diesel hanya memiliki sesaran 2,200cc berbanding enjin petrol 2,500cc. Walaupun beza 300cc, tork yang dihasilkan oleh enjin turbo diesel menyamai enjin petrol 2,500cc.

Namun enjin disel ada strategi lain, ia membakar dengan udara dalam nisbah yang lebih tinggi. Ia biasa disebut sebagai lean mixture kerana dalam sesetengah enjin, satu molekul diesel menggunakan sehingga 70 molekul udara atau nisbah 1:70.
Ini menjalaskan mengapa enjin diesel menggunakan sistem turbo untuk menyedut lebih banyak udara
Sebagai rujukan, dalam enjin petrol ia menggunakan nisbah yang ideal iaitu sekitar 1:17 untuk pembakaran.
4. Ketumpatan Tenaga – Seliter petrol memiliki tenaga dalam bentuk kimia sebanyak 9,100kWh manakala seliter diesel memiliki tenaga sehingga 10,000kWh. Ini bermakna seliter diesel jika ditukarkan kepada tenaga mekanikal akan menghasilkan lebih banyak kuasa.
Jadi, anda sudah dapat jawapan mengapa enjin diesel menghasilkan lebih banyak tork, namun pada masa yang sama ia lebih berat dan lebih mahal untuk dihasilkan.
Melainkan anda menggunakan enjin SkyActiv Diesel, enjin diesel beroperasi dalam RPM yang lebih rendah. Bagi sesetengah pemandu, keadaan ini sedikit menjejaskan keseronokan pemanduan.

Tork yang dihasilkan oleh enjin diesel pada RPM yang lebih rendah. Dalam aplikasi lori komersial, terdapat sistem amaran yang akan dibunyikan sekiranya pemandu beroperasi melebihi RPM yang dibenarkan.
Bagi mengatasi masalah ini, lori akan dipasang dengan bilangan gear yang banyak agar RPM kekal rendah.
Artikel ini tamat di sini. Tapi tolong jawab teka-teki ini. Siapakah Makcik Kiah?
- BACA: VW GOLF DIESEL (GTD) PUN OKAY, GAYA IRAS GOLF GTI!
- BACA: PIHAK BERKUASA SERBU HQ VW GROUP. DIESELGATE MASIH BELUM BERAKHIR
- BACA: TOYOTA PERKENAL MPV MEWAH GRANACE 2020 JDM. ENJIN 2.8 TURBO DIESEL,TOYOTA ACTIVE SENSE
- BACA: KERETA DIESEL VOLKSWAGEN – DULU TERBIAR, KINI LAKU MACAM GORENG PISANG PANAS