
KOS PEMBAIKAN KERETA BAHARU MENINGKAT 36 PERATUS
Kos pembaikan kereta baharu menunjukkan peningkatan secara berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini gara-gara kereta masa kini dibina semakin rumit selain perlu adanya komponen baharu.
Secara jangkaan, kenaikan purata kos pembaikan meningkat sebanyak 36 peratus sejak 2018, sekali gus memberi kesan ke atas premium insurans.
Menurut Mitchell, sebuah syarikat yang mempunyai data daripada insurans dan pembaikan kereta, kadar insurans meningkat sebanyak 17 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu hingga Mei.

“Seni bina digital moden sangat maju sehingga ia memberi kesan,” kata Pengarah Prestasi Mitchell, Ryan Mandell.
Tambah Ryan Mandell, kos pembaikan untuk EV adalah lebih mahal berbanding ICE dan sebagai contoh, Rivian R1T memakan kos sehingga AS$42,000 (RM196,077) untuk tujuan pembaikan selepas kemalangan.
Walau bagaimanapun, anggaran kos pembaikan bagi EV arus perdana seperti Nissan adalah hampir sama dengan ICE, sekitar AS$800 (RM3,734).
Menurut data, model yang tersedia dalam kedua-dua varian elektrik dan ICE, seperti Hyundai Kona atau Volvo XC40, EV hanya 2 peratus lebih mahal untuk dibaiki.
Sehingga kini, pengeluar kereta seperti BMW, GM serta Ford masih mengkaji untuk pengurangan kos pembaikan supaya tidak membebankan pengguna selain, memastikan alat ganti kereta moden tersedia mencukupi.
- BACA: INI KOS SERVIS TESLA MODEL 3, SELEPAS DIPANDU SEJAUH 250,000KM
- BACA: SYARIKAT TEKSI INDONESIA, BLUE BIRD RANCANG BELI EV BAHARU BYD – MANFAAT EV KOS RENDAH
- BACA: INI KOS SERVIS PROTON X90, SUV 7 TEMPAT DUDUK. HARGA BERMULA RM 244.51
- BACA: KOS PEMILIKAN KERETA – DENMARK, JERMAN DAN FINLAND, ANTARA PALING MAHAL DI DUNIA







